Sabtu, 27 Disember 2025

PESAWAT F-16 MULA MENYERANG !!!



Pesawat F-16 Thailand serang Kemboja walaupun ada gencatan senjata


PHNOM PENH: Thailand meneruskan serangan secara lebih agresif ke atas Kemboja sejak petang semalam dengan melancarkan serangan bom sejauh kira-kira 100 kilometer (km) ke dalam wilayah Siem Reap.

Tindakan itu dikritik kerana pengeboman hanya berlaku kira-kira 50km dari bandar Siem Reap dan tapak ikonik Angkor Wat.

Sekitar jam 2 petang semalam, pihak penceroboh Thailand menggunakan jet pejuang untuk menjatuhkan bom ke daerah Varin, wilayah Siem Reap, dalam cubaan mencabuli kedaulatan dan integriti wilayah Kemboja melepasi sempadan yang menjadi pertikaian.

Varin adalah sebuah daerah di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kira-kira 50 km dari Bandar Siem Reap.

Semalam, Thailand dan Kemboja terbabit dalam pertempuran di sepanjang sempadan, ketika kedua-dua negara jiran itu sedang berunding bagi menamatkan pertembungan bersenjata yang tercetus awal Disember, sekali gus melanggar gencatan senjata yang dicapai lima bulan lalu.

Kementerian Pertahanan Kemboja memaklumkan, Thailand menempatkan jet pejuang F-16 untuk menjatuhkan kira-kira 40 bom ke sebuah kampung di wilayah barat laut Banteay Meanchey.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan, namun kementerian itu berkata berlaku kemusnahan kediaman dan infrastruktur.

Tentera Thailand mengesahkan berlaku serangan dan menyatakan operasi bersama tentera darat dan udara adalah perlu bagi melindungi wilayah Sa Kaeo, Thailand yang bersempadan dengan Banteay Meanchey.

Ia juga adalah kawasan pertikaian antara kedua-dua negara.

Pertikaian lama berkaitan tuntutan wilayah sepanjang sempadan menjadi punca ketegangan yang meletus menjadi pertempuran terbuka pada penghujung Julai lalu.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menjadi perantara kepada gencatan senjata yang turut disokong Presiden AS, Donald Trump. Ia membawa kepada persetujuan kedua-dua pihak bagi gencatan senjata yang rapuh selepas lima hari pertempuran.

Kedua-dua pihak mendakwa tindakan ketenteraan semasa dibuat untuk mempertahankan diri selain saling menyalahkan pihak lain susulan pelanggaran gencatan senjata.

"Jika Kemboja tidak ikhlas terhadap gencatan senjata, keamanan tidak akan tercapai dan Thailand tidak ada pilihan selain meneruskan operasi ketenteraan berskala penuh untuk mempertahankan kedaulatannya," kata Ketua Marsyal Udara Thailand, Jackkrit Thammavichai, semalam.

Sementara itu, pegawai tentera kedua-dua negara mengadakan hari ketiga rundingan peringkat Jawatankuasa Sempadan Umum di pos kawalan antara wilayah Pailin, Kemboja, dan wilayah Chanthaburi, Thailand.

Mesyuarat jawatankuasa itu dijangka tamat hari ini dengan Menteri Pertahanan Thailand dan Kemboja dijangka hadir untuk memuktamadkan persetujuan.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, pada Jumaat berkata, Thailand menjangkakan Kemboja bersetuju dengan gencatan senjata 72 jam dan jika ia berjaya dilaksanakan, negara itu akan mempertimbangkan pemulangan tawanan perang Kemboja yang juga satu daripada tuntutan utama.

Sejak 7 Disember, Thailand dilaporkan kehilangan 26 anggota tentera selain kematian 44 orang awam susulan konflik itu.

Kemboja bagaimanapun belum mengeluarkan angka rasmi kematian dalam kalangan tenteranya, namun memaklumkan 30 orang awam terbunuh dan 90 lagi cedera.

Ratusan ribu penduduk sudah dipindahkan dari kawasan terjejas di kedua-dua belah sempadan. - AGENSI


F16 - PESAWAT 

PEMBUNUH HEBAT

AMIN

BILA F-16 DIGUNA

MAKNANYA ADA

PERSETUJUAN 

DARI AMERIKA

PEMBUAT F-16

AMIN

TEATER KLENTONG

ANWAR 

BIN IBRAHIM

JELAS GAGAL

KHALAS

Tiada ulasan: