Sabtu, 27 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 27 DISEMBER 2025

SEHARI SALEPAS KRISMAS


HARI NAJIB 
Jika di United Kingdom sehari selepas Krismas pada 26 DISEMBER  ialah BOXING DAY. 

Di Malaysia  sehari  selepas Krismas pada 26 DISEMBER ialah HARI NAJIB.

Ini tarikh bersejarah yang wajib di ingati. Misalnya ada Hari Velentine  pada 14 Februari.  Ada  HARI IBU – ada HARI PENGAKAP dan dan dan – MAKA kini kita ada HARI NAJIB.

Sejarahnya  KEMUNCULAN HARI NAJIB  amat menarik: pada 24 Disember  rayuan Najib untuk di tahan di rumah GAGAL. Esoknya Hari Krismas. Cuti.  Lepas cuti pada 26 Disember  Najib di jatuhkan hukum 15 tahun penjara.

Maka  pada 26  Disember di mashurkan sebagai HARI NAJIB. AMIN

NAJIB DI PENJARA 15 TAHUN
Ini kerana kesalahan mencuri duit 1MDB – buka ratus ratus bukan ribu ribu bukan bukan  bukan – Najib curi bilion-bilion maka kerana itu dia kena 15 tahun penjara.

Selama dalam penjara NAJIB sempat selesaikan  dua Phd. Untuk membuat kajian Phd – calon Phd diberi masa 6 tahun  untuk menyelesaikan kajian – justeru 15 tahun dalam penjara boleh siap dua Phd.

Kes Najib jadi BERITA DUNIA - Nama Malaysia dalam laporn media seluruh  negara dalam. BANGGA??? Lebih mudah dari di kenali  dari tipu main bola. Kah kah kah. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Kemarin hujan  petang amat lebat tapi tak lama. Lopak air di sana sini. Langit berawan pucat – malah masih ada awan hitam.

KL & KL Sentral berkabus nipis. Matahari tidak kelihatan.

Gua masuk saja -  bunyi mesin rumput cukup kuat – Tiga Abang sedang bekerja di kawasan pintu masuk.  Tak dengar suara  unggas – Tapi dari jauh sayu sayu Jantan Berkokok. Juga di bukit suara How Wow – masih berjaya melawan suara mesin.

Aduh ! Pagi ini Siti dan Jantan Baik tidak kelihatan. Yang datang 3 Puppy – mereka dapat Friskies – Nasi yang gua bawa gua simpan untuk petang. 

Malam tadi gua pergi  JUALAN BUKU di Sunway – ini jualan BUNDLE  - BAD WOLF – gua cari komik  CHARLIE BROWN tak ada – gua beli buku grafik Falsafah – lebih 10 buah buku gua  beli – harga agak DEMOKRATIK.

Gua harap hari ini akan panas – kejap lagi gua nak ke Chow Kit – nak beli buah dan lain-lain. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU

BRO
Kebebasan yang ada pada lu adalah percuma.

BRO
Jika lu di ganasi maka lu melawan kembali  ini adalah hak asasi  lu.

BRO
Jangan cari gaduh tapi bila gaduh sampai  kita boleh berundur. Bukan takut tapi undur untuk susun barisan  yang bersedia gaduh lebih besar dan tersusun. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: