Sabtu, 27 Disember 2025

NAJIB MERAYAKAN HARI NAJIB


“Seolah-olah perjuangan ini

harus saya pikul sendirian”


PUTRAJAYA — “Ada ketika saya merasakan seolah-olah perjuangan ini harus saya pikul sendirian. Namun saya tetap bertekad untuk meneruskannya bukan kerana dendam, tetapi kerana prinsip,” demikian luahan Najib  Razak.

Bekas Perdana Menteri itu meluahkan isi hatinya menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada rakyat Malaysia selepas dijatuhi hukuman atas kesalahan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan dan pengubahan wang haram RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.

Surat berkenaan dibacakan peguam beliau,  Muhammad Shafee Abdullah pada sidang media selepas prosiding berkenaan di Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

“Saudara dan saudari yang saya hormati, saya menulis ini dengan fikiran yang tenang, meskipun hati saya berat.

“Ada ketika saya merasakan seolah-olah perjuangan ini harus saya pikul sendirian. Namun saya tetap bertekad untuk meneruskannya bukan kerana dendam, tetapi kerana prinsip.

“Apa yang saya tuntut hanyalah hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dan apa yang telah diperkenankan. Niat saya tidak pernah berubah iaitu untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Menerusi surat itu lagi, Najib berkata perjuangan itu bukan usaha untuk mengelak daripada tanggungjawab, tetapi juga ikhtiar menegakkan keadilan, menjunjung integriti Perlembagaan dan mempertahankan kedaulatan undang-undang yang dilaksanakan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Saya akan terus menuntut hak saya melalui saluran yang sah dengan maruah dan kesabaran, walaupun jalannya sunyi serta menuntut pengorbanan besar. Apa pun keputusan hari ini, saya tetap yakin kepada proses kehakiman negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon rakyat Malaysia kekal tenang, rasional dan berhemah serta tidak terpengaruh atau terbabit dalam sebarang provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian awam atau menghina proses perundangan.

“Perbezaan pandangan harus dizahirkan secara matang, tertib dan berlandaskan undang-undang.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menilai perkara ini dengan tenang dan rasional bukan semata-mata dari sudut nasib saya sebagai individu, tetapi demi masa depan institusi negara dan prinsip-prinsip yang kita junjung bersama,” katanya.— BebasNews

NAJIB RAZAK

MERAYAKAN

HARI  NAJIB

BERSENDIRIAN

KHALAS

Tiada ulasan: