Rabu, 25 Februari 2026

BERITA BAIK - WARGA KOREA SELATAN MULA BERANCUK


WARGA 

KOREA SELATAN

MAKIN 

SUKA BERANCUK

AMIN

BERANCUK

TAK GUNA

KONDOM

KHALAS


Kadar kelahiran Korea Selatan meningkat semula

SEOUL: Kadar kelahiran Korea Selatan meningkat untuk tahun kedua berturut-turut pada 2025, sekali gus menunjukkan tanda bahawa negara yang menghadapi krisis demografi hampir sedekad mungkin sedang mula menunjukkan pemulihan.

Menurut data awal Kementerian Data dan Statistik, kadar kesuburan keseluruhan Korea Selatan, iaitu purata bilangan anak yang dijangka dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang hayat reproduktifnya, mencatat 0.80 pada 2025, meningkat daripada 0.75 pada 2024.

Kelahiran baharu di negara Asia itu mula meningkat pada 2024 berikutan lonjakan pasca-pandemik dan disokong oleh dasar kerajaan, selepas lapan tahun berturut-turut mencatat penurunan yang menjadikan negara itu mempunyai kadar kelahiran terendah di dunia pada 0.72 pada 2023.

Terdapat 5.0 kelahiran baharu bagi setiap 1,000 penduduk pada 2025, meningkat daripada 4.7 pada 2024.

Untuk perbandingan, kadar kelahiran di China ialah 5.6 pada tahun lalu, Taiwan 4.6 dan Jepun 5.7 pada 2024, di mana trend masih menurun.

Menurut pegawai di kementerian itu, Park Hyun-jung, kadar pemulihan ini lebih pantas daripada unjuran optimistik kerajaan iaitu 0.75 pada 2025 dan 0.80 pada 2026, yang meramalkan kadar kesuburan keseluruhan akan melebihi 1.0 seorang wanita menjelang 2031.

"Perkahwinan yang biasanya menjadi petunjuk awal kelahiran dengan tempoh masa satu hingga dua tahun, meningkat 8.1 peratus pada 2025, selepas mencatat lonjakan terbesar pernah direkodkan sebanyak 14.8 peratus pada 2024," katanya.

Beliau turut menyatakan peningkatan bilangan individu berusia 30-an, iaitu golongan utama yang berkahwin dan mempunyai anak serta perubahan sikap sosial.

Peningkatan paling ketara dalam kelahiran baharu berlaku di ibu kota, dengan kadar kesuburan Seoul mencatat 0.63, meningkat 8.9 peratus daripada 0.58 pada 2024, walaupun masih terendah di negara itu.

Bagaimanapun Profesor Sosiologi di Universiti Hallym, Shin Kyung-ah, berkata data itu perlu dikaji lebih lanjut kerana kesan statistik seperti perubahan komposisi penduduk turut menyumbang kepada peningkatan.

"Namun ia bermakna sebagai petunjuk yang menunjukkan perubahan positif, sekurang-kurangnya secara tidak langsung, akan membantu orang menjadi lebih positif untuk mempunyai anak," katanya.

Dalam tinjauan kerajaan dua tahun sekali pada 2024, 52.5 peratus rakyat Korea Selatan menyatakan pandangan positif terhadap perkahwinan, meningkat daripada 50.1 peratus pada 2022.

Purata bilangan anak yang diingini ialah 1.89.

Tahun lalu, kelahiran baharu meningkat 6.8 peratus kepada 254,457, kenaikan peratus terbesar sejak 2007, manakala kematian meningkat 1.3 peratus kepada 363,389, menjadikan populasi menyusut secara semula jadi untuk tahun keenam berturut-turut.

Sebelum ini, media melaporkan pentadbiran Presiden Lee Jae Myung merancang menyediakan pelan dasar lima tahun tahun ini bagi menangani perubahan demografi, berikutan kebimbangan terhadap kejutan ekonomi akibat populasi yang menua dengan cepat.

Ia juga bercadang memperluas sokongan dasar yang dilaksanakan untuk kelahiran dan memperkenalkan langkah menarik pekerja asing mahir bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja.

Beliau turut menggesa kerjasama serantau mengenai perubahan demografi dan mencadangkan pada sidang kemuncak Asia-Pacific Economic Cooperation tahun lalu untuk menganjurkan forum dasar penduduk pertama kumpulan itu di Korea Selatan tahun ini.

Populasi Korea Selatan sebanyak 51.8 juta dijangka menyusut hampir satu pertiga kepada 36.2 juta menjelang 2072, menurut unjuran kerajaan terkini pada 2022.



Tiada ulasan: