PAGI INI
PAGI INI
RABU 25 FEBUARI 2026
PUASA DAH MASUK SEMINGGU
AZAM BIN BAKI
JANGAN DESAK AZAM BIN BAKI LETAK JAWATAN
Adalah silap dari taktik dan strategi bila mendesak Azam bin Baki letak jawatan – di rehatkan atau berhenti kerja.
Azam bin Baki ini pada ketika ini adalah pembantu ulung untuk menghumbankan Anwar bin Ibrahim.
JIKA NAJIB ADA JO LO – ANWAR BIN IBRAHIM ADA AZAM BAKI.
Silap besar jika Azam bin Baki berehat – bercuti atau berhenti kerja.
Apa yang wajib di lakukan ialah SIASAT AZAM BIN BAKI – tubuhkan SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK SIASAT AZAM BIN BAKI.
Jika Azam bin Baki direhatkan maka kes ini di lihat BERES – Anwar bin Ibrahim di lihat cantik. Peluru meriam untuk menembak Anwar bin Ibrahim lesap.
DALAM BEBERAPA BULAN LAGI TUGAS AZAM BAKI AKAN TAMAT – MAKA SEBELUM KONTREK TAMAT AZAM BANI WAJIB DI DAKWA – ini wajib MENJADI TUNTUAN DAN DESAKAN.
JUSTERI kita wajib sokong DASAR DAP YANG MAHU AZAM BAKI DI BAWA KE HADAPAN SURUHANJAYA DI RAJA.
Kenyataan Toni Loke adalah tepat. Azam bin Baki wajib di siasat sebelum kontrak tamat.
Kita akan MENGALU-ALUKAN DAN BERGUMBIRA JIKA KONTREK KERJA AZAM BIN BAKI DI SAMBUNG. Biar BIAWAK di leher Anwar bin Ibrahim TERUS TERGANTUNG.
MAKA HENTIKAN TUNTUTAN AZAM BAKI DI BERHENTIKAN. Kalau nak sambung kontrak Azam bin Baki – silakan - ah lan wa sah lan – MOST WELCOME.
Jangan lupa Najib ada JO LO. Anwar bin Ibrahim ada AZAM BIN BAKI dan Farhash. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Di Pintu Masuk dalam hutan belukar Cengkerik bersimponi – SEET SEET SEET – kuat dan indah. Ini dibantu pula oleh Kur Kur Kur – suara Terkukur dari atas bukit.
Matahari dah muncul. Pipi terasa panas. Langit biru muda. KL & KL Sentral kelihatan berjerebu dengan asap kota.
Di lorong masuk IBU datang menyongsong – dan dua tiga ekor ikut sama. Lalu gua berhenti di gigi jalan besar untuk beri makan.
WOW ! Gua terperanjat pagi ini Tiong suami Isteri juga turun berlabuh menumpang makan. Ini rare biasanya Tiong tunggu di Wakaf Dua tak pernah muncul di gigi jalan.
Gua masih bertanya apakah ini Suami Isteri yang sama. Kalau anjing gua kenal bulu – Tiong sekali pandang semua serupa.
Tak Tak semakin mesra dengan keluarga Siti. Jantan sama Jantan tidak bergaduh merebut kawasan.
Hari ini gua harap macam kemarin – hujan petang awal – Tak ganggu Bazar Ramadan – cuaca petang redup – lumayan indah untuk Peniaga Bazar Ramadan.
Cahaya Tuhan Ra dah melimpah masuk ke balkoni gua. Tak Tak sedang menjalar berjemur. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI RABU
BRO
Lu lihat alam di sekeliling lu. Lu akan aman damai. Maka ingatlah alam ini lu pinjam dari anak cucu lu – jangan buat kotor.
BRO
Alam dan bumi kita yang indah ini tidak dapat di lukiskan dengan kata-kata. Lu wajib alami untuk menikmati keindahannya.
BRO
Melihat alam yang indah akan melahirkan pelbagai imaginasi. Bertambah indah lagi bila di bantu dengan secawan kopi pahit. Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA HARI KE 7




Tiada ulasan:
Catat Ulasan