AWAS!!!
DESAK SIASATAN
DIRAJA OK
AMIN
JANGAN DESAK
AZAM BIN BAKI
LETAK JAWATAN
AMIN
SPRM: DAP
terus
desak tubuh RCI
KUALA LUMPUR — DAP akan terus mendesak supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh media asing Bloomberg.
Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, berkata walaupun SPRM menyatakan dakwaan itu sebagai tidak berasas, ia masih tidak memadai dan prinsip asas keadilan menegaskan tiada sesiapa pun boleh menjadi hakim bagi menentukan kes sendiri.
“Apabila integriti agensi utama pencegahan rasuah negara dipersoal, pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak itu sendiri tidak memadai. Ia tanpa sebarang tindakan lanjut, tidak banyak membantu memulihkan keyakinan awam mahupun pelabur.
Pendirian kami yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung, Anthony Loke pada Selasa (lalu) adalah jelas. Apa yang diperlukan adalah satu siasatan yang bebas dan telus.
“Dakwaan yang dibangkitkan adalah bersifat khusus. Ia menamakan individu, syarikat serta merujuk kes-kes boleh dikenal pasti,” kata Menteri Digital itu.
Gobind berkata ada asas mencukupi untuk satu siasatan dimulakan dan pilihan terbaik adalah menubuhkan RCI kerana ia mempunyai kuasa statutori yang diperlukan untuk menjalankan siasatan yang wajar dan bermakna berhubung perkara itu.
Katanya , sama ada dakwaan itu benar atau tidak dan tindakan susulan yang perlu diambil, adalah perkara yang harus diputuskan oleh RCI.
Semalam, dua Ahli Parlimen kerajaan turut menggesa supaya pengawasan terhadap SPRM diperkukuh susulan laporan mengenai kontroversi pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, serta dakwaan salah laku dalam agensi itu.
Gesaan itu dibuat RSN Rayar (Jelutong) dan Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang) selepas Bloomberg melaporkan mengenai pegangan saham Azam dan menggambarkan dakwaan salah laku dalam SPRM yang dikaitkan dengan istilah ‘mafia korporat’.
Hassan dari PKR mencadangkan sekiranya RCI ditubuhkan, ia perlu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara seperti Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Gobind berkata ia bukan soal mencari kesalahan atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya untuk memastikan SPRM kekal bebas daripada sebarang keraguan dan bersih daripada dakwaan yang boleh menjejaskan integriti atau kewibawaannya.
“Ini juga bukan bertujuan untuk melemahkan SPRM, sebaliknya untuk memperkukuhkannya dengan menegaskan bahawa semua agensi yang diberi kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan di negara ini sentiasa tertakluk kepada siasatan dan kedaulatan undang-undang.
“Pendirian kami kekal. Satu siasatan mesti dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat. Siasatan itu wajar dilaksanakan melalui RCI yang dilengkapi dengan segala kuasa yang perlu bagi memastikan penyiasatan yang berkesan dan telus dapat dijalankan. Ia mesti dilakukan secepat mungkin,” katanya.
Semalam Loke berkata, DAP akan mencadangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan “mafia korporat”.
Katanya, Kabinet telah membincangkan dakwaan terkini melibatkan SPRM dalam mesyuarat sebelumnya pada 13 Februari lalu, dan bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat , Azam namun langkah itu sahaja tidak mencukupi.
“Terdapat dua dakwaan berasingan. Satu berkaitan isu pegangan saham yang perlu disiasat – dan pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk tujuan itu.
Satu lagi dakwaan berkaitan ‘mafia korporat’. Saya menyatakan (dalam mesyuarat Kabinet) bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan penubuhan RCI.
“Kami mula mengemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet lalu dan akan terus mendesaknya. Ini pendirian DAP,” kata Menteri Pengangkutan itu dalam wawancara dengan Malaysiakini kelmarin.
Loke berpendapat dakwaan mengenai “mafia korporat” itu merupakan isu yang jauh lebih serius berbanding kontroversi pemilikan saham.— BebasNews


Tiada ulasan:
Catat Ulasan