Rabu, 25 Februari 2026

MAFIA SEMPADAN MULA MENGGANAS


INI JENAYAH

MAFIA 

DI RANCANG

AMIN

INI MAFIA

SEMPADAN

NIAGA SELUDUP

MANUSIA

AMIN

DI KL ADA

MAFIA KORPORAT

NIAGA 

DI BURSA SAHAM

KHALAS


Peluru lintas muka Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, brek mengejut selamatkan nyawa

BUKIT KAYU HITAM: Satu daripada dua das tembakan yang dilepaskan ke arah kenderaan dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam nyaris terkena muka pegawai kanan itu.

Tembakan dilepaskan ke arah tingkap pemandu yang terbuka sebelum menembusi pintu kiri kenderaan Proton X70 yang dipandu Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, berkata kejadian berlaku ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sedang bergerak menghala ke Masjid Al Muhajirin awal pagi tadi.

Brek sebabkan tembakan tersasar

Ketika tembakan pertama dilepaskan, Mohd Nasaruddin sempat mengambil tindakan membrek kenderaan yang dipandunya itu menyebabkan tembakan itu tersasar.

"Tembakan pertama terkena pintu belakang kanan Proton X70 dipandu mangsa manakala tembakan kedua melintasi muka mangsa yang ketika itu membuka tingkap kenderaan.

"Mungkin disebabkan terkejut dengan tembakan pertama, beliau sempat membrek kenderaan yang menyebabkan pelurunya tersasar dan terkena pintu belakang," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Adzli berkata, susulan daripada itu, pihaknya melakukan Ops Tutup termasuk di sempadan Kota Putra, Durian Burung di Padang Terap untuk mengesan suspek.

Siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk mengesan kelongsong peluru di tempat kejadian dan suspek dipercayai menggunakan senjata jenis separa automatik.

Pasukan K-9 di lokasi

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati, pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah serta Unit Anjing Pengesan (K-9) berada di lokasi sedang melakukan pemeriksaan.

Media sebelum ini melaporkan, kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan awal pagi tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, Mohd Nasaruddin terselamat daripada terkena peluru selepas tembakan dilepaskan suspek tidak dikenali.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 kerana melepaskan tembakan daripada senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang walaupun tiada kecederaan berlaku.

Tiada ulasan: