JANGAN
TOLAK ANSUR
DENGAN
MAFIA SEMPADAN
BEDIL & MUSNAH
AMIN
JANGAN
TOLAK ANSUR
DENGAN
MAFIA KORPORAT
TANGKAP & SUMBAT
KHALAS
Ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan jenayah yang tak boleh diterima - Shuhaily
PUTRAJAYA: Sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima.
Perkara itu ditegaskan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain, susulan kes dua suspek melepaskan tembakan ke arah kenderaan dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Kedah, pagi tadi.
"Insiden pagi tadi adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dipandang serius dan sama sekali tidak akan dikompromi.
"AKPS menegaskan bahawa sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara adalah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima," katanya melalui kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pagi tadi, dua das tembakan dilepaskan ke arah kenderaan dinaiki Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, dengan satu daripadanya nyaris terkena muka pegawai kanan AKPS itu.
Mohd Shuhaily sendiri turun padang ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah pagi tadi bagi meninjau sendiri situasi, mendapatkan maklumat terperinci berhubung insiden yang berlaku, memastikan tahap keselamatan terkawal serta menyatakan sokongan penuh kepada pegawai dan anggota barisan hadapan yang bertugas.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata tindakan tegas akan diambil selaras peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan serta kedaulatan pintu masuk negara.
"Insiden ini sama sekali tidak akan melemahkan semangat warga AKPS. Sebaliknya, terus memperkukuh iltizam seluruh pegawai dan anggota untuk terus berdiri teguh, berani dan profesional dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara.
"AKPS akan terus memastikan setiap pintu masuk negara kekal selamat, terkawal dan berdaulat, serta tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang ancaman yang cuba menggugat keselamatan, keamanan dan kedaulatan tanah air," katanya.
Mengulas keadaan Mohd Nasaruddin, beliau berkata Komander AKPS Bukit Kayu Hitam itu disahkan dalam keadaan selamat, stabil dan kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah demi keselamatan negara.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan