Khamis, 5 Mac 2026

ANWAR BIN IBRAHIM MINTA BANTUAN DARI AMERIKA


MASUK AKAL

ANWAR BIN

IBRAHIM

BUDAK AMERIKA

AMIN

PASTILAH

MINTA BANTUAN

DARI AMERIKA

AMIN

SEKARANG AMERIKA

NAK GULING

ANWAR BIN

IBRAHIM

KITA ALU-ALUKAN

KHALAS




Isu lobi 2016: Polis berdepan tekanan siasat 'Langkah Washington' Anwar

Pihak polis yang sedang menyiasat dakwaan komplot melibatkan entiti asing untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kini mungkin perlu menyiasat bagaimana sebuah firma yang berpangkalan di Washington dilantik pada 2016 untuk mendesak perdana menteri ketika itu, Najib Razak, supaya membebaskan Anwar dari penjara.

Satu jemputan media yang diedarkan pagi tadi mendedahkan bahawa beberapa aktivis, bersama seorang wakil daripada Pemuda Bersatu (Armada), akan membuat laporan polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, esok.

Mereka menggesa siasatan dijalankan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu berhubung melarang aktiviti "memudaratkan demokrasi berparlimen", serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Polis pada masa ini sedang menyiasat Na’imah Abdul Khalid, balu kepada bekas menteri Allahyarham Daim Zainuddin, di bawah Seksyen 124B atas dakwaan wujudnya rancangan untuk merosakkan naratif kerajaan — dengan menggambarkan prosiding undang-undang terhadap suaminya dan keluarga mereka sebagai penganiayaan bermotifkan politik dan bukannya usaha pembersihan rasuah yang sah.

Pada Selasa lalu, bekas naib presiden PKR, R Sivarasa mengesahkan bahawa pada 2016, pemimpin parti termasuk dirinya, telah berhubung dengan sebuah firma perunding politik Amerika Syarikat (AS) bagi mengusahakan pembebasan Anwar dari penjara.

Langkah itu dibuat bagi menjawab laporan yang memetik emel bocor, yang mendakwa PKR telah bekerjasama dengan firma berpangkalan di Washington itu untuk mengenakan tekanan terhadap Najib.

Bagaimanapun, Sivarasa menegaskan bahawa usaha melobi bagi pembebasan tahanan politik adalah perkara biasa dan "sepenuhnya boleh diterima".

Anwar sendiri mempertahankan usaha PKR tersebut dengan menyifatkannya sebagai perjuangan demi kebebasan.

Kontroversi mengenai pelobian PKR itu menyusuli pendedahan dokumen 13 halaman yang didakwa sebagai "pelan komunikasi" yang disediakan pada Ogos tahun lalu, yang dikatakan sebahagian daripada usaha keluarga Daim untuk menjaga reputasinya susulan tindakan undang-undang oleh SPRM.

Sementara itu, peguam Na’imah menolak dakwaan Anwar bahawa pelan perhubungan awam (PR) anak guam mereka melibatkan "jurubank" dan "Zionis" dalam cubaan untuk mensabotaj negara.

Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh menyifatkan kenyataan Anwar di Parlimen sebagai "palsu, tidak masuk akal, (dan) melampau", selain menuduh perdana menteri sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dan orang ramai.

Tambah mereka, pelan komunikasi yang disediakan pada Ogos lalu itu hanyalah strategi pengurusan krisis standard memandangkan siasatan berterusan oleh SPRM terhadap keluarga bekas menteri kewangan, Daim.

Dakwaan komplot oleh keluarga Daim itu muncul ketika tuduhan bahawa ada pegawai tertinggi SPRM merupakan sebahagian daripada skim "mafia korporat". Ini sehingga mencetuskan gesaan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.


Tiada ulasan: