Khamis, 5 Mac 2026

KEMBANGKAN PERANG GERILA


KEMBANGKAN  

PERANG GERILA

AMIN

LEBARKAN PERANG

LAMAKAN PERANG

HINGGA AMERIKA

ZIONIS ISRAEL 

 TERKANGKANG

AMIN

ISRAEL & AMERIKA

TAK SANGGUP

TERIMA BEG MAYAT

KHALAS



Hizbullah tidak gentar hadapi pencerobohan Israel-AS

BEIRUT: Hizbullah akan berdepan pencerobohan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan tidak akan menyerah kalah meskipun berdepan ketidakseimbangan keupayaan, kata Ketua Kumpulan Lubnan disokong Iran itu, Naim Qassem.

"Kita sedang berdepan pencerobohan... pilihan kita adalah untuk menentangnya sehingga pengorbanan terakhir, dan kita tidak akan menyerah kalah," tegas pemimpin Hizbullah itu pada Rabu malam dalam ucapan disiarkan di televisyen.

Ia adalah ucapan pertama beliau sejak partinya melancarkan roket ke arah Israel pada Isnin dan Israel memulakan kempen pengeboman di Lubnan.

Qassem menolak dakwaan partinya memulakan pusingan pertempuran semasa, dengan berkata: "Apa yang dilakukan Israel selepas bedilan roket itu bukan satu tindak balas. Ia adalah pencerobohan yang dirancang lebih awal.

"Hizbullah dan penentangan Islamnya sedang bertindak balas terhadap pencerobohan AS-Israel dan ini adalah hak yang sah... Bagi kami, ini adalah pertahanan membabitkan soal hidup dan mati," katanya.

Perang di Asia Barat itu merebak ke Lubnan pada Isnin, dan Israel kemudian menyatakan tenteranya sudah memasuki bandar serta kampung di selatan Lubnan.

Kerajaan Lubnan pada Isnin mengumumkan 'larangan serta-merta' terhadap aktiviti ketenteraan Hizbullah dan menuntut parti itu menyerahkan senjatanya, beberapa bulan selepas ia berikrar akan melakukan pelucutan senjata secara berperingkat terhadap parti berkenaan, yang berulang kali ditolak oleh Hizbullah.

Qassem mengkritik keputusan baharu kerajaan Lubnan itu dengan berkata: "Kerajaan Lubnan tidak bertindak mengecam pencerobohan AS-Israel, sebaliknya berpaling tadah terhadap kami, sekali gus melakukan kesilapan akur kepada tuntutan Israel.

"Isu penentangan dan senjata penentangan bukan perkara yang boleh dipertikaikan oleh sesiapa atau dengan mana-mana pihak.

"Ia adalah hak yang sah. Kami berperang di Lubnan demi mempertahankan rakyat kami, masa depan anak-anak kami dan negara kami," katanya. - AFP


Tiada ulasan: