INI BUKTI
KAWAN KEPADA
RAFIZI RAMLI
IALAH MANGSA
SPRM
KHALAS
Seorang bekas pembantu Rafizi Ramli, James Chai, meluahkan rasa kecewanya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis untuk meminta dia membantu siasatan terhadap dakwaan yang berkaitan dengan Ahli Parlimen Pandan itu.
Menurut Chai Jin Shern, dia akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut tidak lama lagi.
"Saya agak bosan apabila sumber negara digunakan dengan cara ini," kata Chai ketika dihubungi hari ini.
Chai sedang cuba dikesan oleh agensi antirasuah yang sedang menjalankan siasatan terkait dakwaan Rafizi mempercepatkan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan gergasi semikonduktor British, Arm Holdings.
Awal hari ini, SPRM mengeluarkan kenyataan yang menyatakan mereka mahu berhubung dengan Chai - atau juga dikenali sebagai James Chai - dan meminta bantuan orang ramai untuk mencarinya.
Tidak lama selepas itu, dalam sidang akhbar, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata Chai sedang dicari sebagai orang yang dikehendaki dan bukannya saksi, lapor New Straits Times.
Chai adalah seorang daripada beberapa bijak pandai yang dilantik Rafizi bagi membantunya di Kementerian Ekonomi.
Lelaki terbabit merupakan graduan Universiti Oxford dalam bidang undang-undang dan teknologi, selain turut dikenali sebagai seorang penulis.
Menurut Azam, Chai perlu kembali ke Malaysia dengan segera bagi membolehkan keterangannya diambil.
Setakat ini katanya SPRM belum menerima sebarang maklum balas daripada bekas pegawai Rafizi itu dan ia mendorong agensi antirasuah berkenaan mengeluarkan notis mahu mengesannya.
Dalam satu kenyataan panjang lebar kemudian, Chai mengkritik usaha SPRM memburunya.
Untuk mencadangkan dia terlibat dalam penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa atau apa-apa kesalahan, kata Chai, dia mestilah dibuktikan berniat jahat terlibat dalam sebarang cadangan projek antara Mei 2024 hingga Mac 2025.
Selain itu, katanya, dia juga perlu dibuktikan mempengaruhi perdana menteri, kabinet, dan seluruh jentera kerajaan, serta menyalahgunakan atau mendapat manfaat secara peribadi daripada sesuatu tindakannya.
Dia juga memberikan garis masa peristiwa yang berkaitan dengan perjanjian dengan Arm Holdings.
Menurut Chai, dia ditugaskan oleh Rafizi untuk meneroka peluang kerjasama dengan Arm Holdings kerana pernah bertanggungjawab ke atas Sidang Kemuncak KL20 2024 dan kebanyakan inisiatif berkaitan teknologi kementerian.
"Antara Mei 2024 hingga 5 Mac 2025, saya mungkin telah mencipta 20+ Google Slides, 10+ Google Docs, bercakap dengan lebih 100 pihak berkepentingan dalam kerajaan dan industri untuk membentuk idea kerjasama tersebut.
"Maklum balas daripada kementerian lain, termasuk Kementerian Perdagangan dan Industri, serta Kementerian Kewangan telah diterjemahkan dalam perjanjian akhir.
“Kerjasama yang dicadangkan telah dibentangkan kepada kabinet sebanyak tiga kali. Saya tidak berada dalam kabinet kerana saya bukan seorang menteri," katanya.


1 ulasan:
kalau dia balik Malaysia sure dia akan hilang. Mcm pastor Raymond Koh, Pamela Ling, Amri Che Mat, Joshua Hilmy
Bro. Aku terus terang dengan kau. Enforced disappearance is a bloody Latin American thing, sebelum nie Malaysia x pernah ade bende mcm ni. It's not a done thing, not by your own so called AUTHORITIES.
Catat Ulasan