Rabu, 4 Mac 2026

DEMI CONTENT - DUNIA MAKIN MENARIK


DUNIA MAKIN

MENARIK

AMIN

MANUSIA AKAN

BUAT APA SAJA

DEMI TUHAN BARU

BERNAMA ALGO

AMIN

NABI BARU

 BERNAMA

VIRAL & LIKES

KHALAS


Wanita buat 'live' sambil makan ketika Ramadan tampil mohon maaf

SEREMBAN: Wanita yang tular kerana membuat siaran langsung sambil makan di media pada siang hari di bulan Ramadan, Ahad minggu lalu tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi satu video, wanita itu mengakui kesilapannya dan tidak berniat untuk mencemarkan Islam serta bulan Ramadan.

"Assalammualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan al-Mubarak. Jadi tujuan Mummy buat video ini berkenaan dengan viral di beberapa media sosial iaitu mengenai tutur kata yang tidak menghormati bulan Ramadan dan menyinggung perasaan orang Islam," katanya.

Jelasnya, susulan video yang tular itu dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan disoal siasat untuk tindakan lanjut.

"Jadi masa 'live' tu Mummy memang tiada niat nak mencaci, menghina, menganjing atau mempersendakan agama Islam.

"Tujuan mummy buat live tu santai-santai sahaja, tiada niat nak berkasar atau menyakiti hati netizen lain. Jadi disebabkan mummy tiada adab semasa live tu, mummy memang tidak sengaja," katanya.

Wanita itu dengan rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khusus warga Negeri Sembilan dan umat Islam serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan.

"Ini jadi pengajaran buat mummy supaya lebih waspada di masa akan datang dan mummy akui, sedar kesilapan mummy.

"Jadi harap video ini, semua rakyat Malaysia, netizen, umat Islam memaafkan atas kelakuan saya yang tiada adab semasa live," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, JHEAINS menyiasat dakwaan seorang wanita dipercayai tidak menghormati bulan Ramadan menerusi siaran langsung di akaun TikTok miliknya.

Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah dilaporkan berkata, wanita berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Pilah semalam dan kini disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 atas kesalahan menghina atau mencela agama Islam.



Tiada ulasan: