Rabu, 4 Mac 2026

TEATER : TIDAK MELANGGAR HUKUM


INI TEATER

AZAM BIN BAKI

AMIN

DAILOK AKHIR:

TIDAK DITEMUI

APA APA YANG

MELANGGAR 

UNDANG-UNDANG

KHALAS


Laporan siasatan pemilikan saham Azam bin Baki siap sehari dua lagi


PUTRAJAYA: Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam bin Baki dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan,  Fahmi Fadzil, bagaimanapun berkata isu mengenai laporan jawatankuasa terbabit tidak dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan  Anwar bin Ibrahim hari ini.

"Isu ini tidak dibincangkan (pada mesyuarat Jemaah Menteri).

"Namun, Perdana Menteri seperti pada sesi soal jawab (di Parlimen) semalam, memaklumkan bahawa laporan terbabit, laporan daripada Peguam Negara akan disiapkan dalam masa satu, dua hari ini," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Anwar bin Ibrahim  semalam dilaporkan berkata, Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM akan siap minggu ini.

Beliau dilaporkan berkata, akan meneliti terlebih dahulu laporan berkenaan, sebelum memutuskan tindakan lanjut termasuk sama ada siasatan mengenainya perlu dilanjutkan.

Justeru kata Anwar bin Ibrahim , buat masa ini, terlalu awal untuk memutuskan cadangan mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pemilikan saham berkenaan.

Tiada ulasan: