Rabu, 4 Mac 2026

SATU LAGI KEJAYAN IRAN


MEMBACA BERITA

MENDENGAR

MENONTON

PENGAKALAN 

AMERIKA MELEDAK

ADALAH SATU NIKMAT

KHALAS

Peluru berpandu Iran bedil pangkalan tentera AS terbesar di Asia Barat, Pangkalan Al-Udeid di Qatar


BEIRUT: Peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran mengenai Pangkalan Al-Udeid di Qatar, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) terbesar di Asia Barat, menurut Kementerian Pertahanan Qatar pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, negara berkenaan menjadi sasaran dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran.

"Sistem pertahanan udara berjaya memintas satu daripada peluru berpandu itu, manakala peluru berpandu kedua mengenai Pangkalan Al-Udeid tanpa menyebabkan sebarang kemalangan jiwa," menurut kementerian itu, namun tidak memberikan maklumat lokasi tepat impak peluru berpandu berkenaan atau kemungkinan kerosakan yang berlaku.

Al-Udeid, yang turut digunakan oleh pasukan Qatar dan Britain, terletak di pinggir Doha. Iran sebelum ini telah menyerang pangkalan itu tahun lalu sebagai tindak balas terhadap pengeboman kemudahan nuklear Iran oleh AS.

Tentera Iran juga memaklumkan bahawa ia melancarkan serangan terhadap pangkalan itu sebagai tindak balas terhadap serangan bersama AS-Israel di seluruh Iran pada Sabtu.

Al-Udeid antara pangkalan AS paling penting di Asia Barat.

Menurut laporan, kira-kira 10,000 anggota tentera dan kakitangan awam biasanya ditempatkan di pangkalan berkenaan, yang juga berfungsi sebagai pusat perintah bagi operasi ketenteraan AS di rantau itu.

Ibu Pejabat Markas Pemerintahan Pusat AS bagi Asia Barat (CENTCOM) terletak di Tampa, Florida.



Tiada ulasan: