NOTTINGHAM
FOREST
NGABIH BOREH
AMIN
Apa maksud Ngabih Boreh di N9 dan Poreh di Kelate?
Learn two words a day !
Ngabih Boreh di Negeri Sembilan (Habis kan beras) membawa maksud sesuatu perbuatan yang sia sia dan lazim nya membawa kerugian.
Contohnnya : Ngabih Boreh jer tikam nombor ekor!
Betul lah rugi, sia sia .. tak kena.
Tapi kalu mengena..tu pasal kita sebut lazimnya.Sekali sekala atau jarang jarang Rayo Koleng!
Ada pun perkataan Poreh di Kelantan itu membawa maksud Hutan.Orang Kelantan itu SPEAKING… dia tak kata Hutan tapi Forest( Poreh).
Besar kemungkinan bila orang Kelantan sebut Hutan jadi Hute’…. sama pula sebutan Hutang.
Seorang rakan Kelantan semasa menuntut di England sekitar 1970an memeningkan Mat Salleh yang bertanyakan Kelab bolasepaknya yang mana?
Dia royat: Naughty Hen Poreh!
( rupa2nya Nottingham Forest)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan