Sabtu, 18 Jun 2011

BUKAN KERJA POLIS UGUT RAKYAT




KENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

POLIS JANGAN UGUT RAKYAT


Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun 2011 bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.

Kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman. Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah Negara demokrasi.

Tindakan menangkap berbentuk pencegahan (pre-emptive) untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia. Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah ? Tindakan penangkapan seperti ini tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa (abuse) yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.

JUHAM juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam (guardian of public interest). Pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Sehingga perkara sebegitu berlaku, tindakan menghalang ini adalah satu salahguna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk menghalang hak rakyat dari berhimpun!

JUHAM menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa :

"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."

Perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan "double standard" akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh itu, JUHAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat.

JUHAM juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah. Kami akan memberikan “legal representation” kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya. Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar !!!
Sekian,

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia


17 Jun 2011.
16 Rejab 1432




9 ulasan:

Tok Jebat berkata...

Kerajaan BN dan PDRM tak menghormati Perjanjian Geneva dan Deklarasi PBB berkaitan hak hak asasi manusia. Ini bukan demo pakatan tapi demo rakyat dan eiketuai oleh Bar Council. Ini bukan Persatuan Peguam Muslim yg kaki kipas dan bongok serta tak berotak tapi peguam yg dihormati dipentas antarabangsa. Rakyat mintak Raja Raja Melayu tolong beri pehatian kpd menteri menteri tuanku yg melampau dgn rogol amah bunuh model habiskan 100juta dlm sehari songlap duit 1.9 juta utk facebook yg percuma agih projek kapada suku sakat tanpa tender terbuka dan telus merompak duit kwsp felda perbendaharaan negara berkaitan Syabas serta beribu ribu hal lagi. Rakyat sembah ampun mohon Tuanku Tuanku Raja Raja Melayu supaya buka mata dan telinga dan tunjukkan Tuanku ada harga diri serta maruah utk dijaga utk dicatat dlm sejarah sebagai Raja Raja yang Adil bukannya Raja Raja yg nak buat jln keretapi dan terowong keretapi pula.

Rakyat Miskin berkata...

Apa kata Rakyat buat Laporan Polis terhadap TKPN ni kerana ugut Rakyat dan Langgar Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB serta Konvensyen Geneva? Buat laporan banyak banyak dan majukan kpd PBB serta EU. Dan jgn lupa karbon kopi CC kepada DYMM RAJA RAJA DAN AGONG. Kita biar mamak mendalir aka kutty junior ni jadi cacing atas jalan raya kahkahkah

Columbus berkata...

Laman web tukartiub palsu dah warwarkan suruh pakatan godam web kerajaan. kerana konon bantah sekat web download lagu percuma.tetiba budak KRU buat press conference kata sokong kerajaan kerana sekat web ni. Pukimak dia bernanah.tau la buat filem merong mahawangsa guna duit kerajaan.dah lah tak laku filem pun macam orang gila meroyan serupa dgn menteri bn.tak masuk akal punya filem.perhabih duit cukai rakyat. kalau nak tayang bakal bini lusa surihani tu cakap je la. tapi sebelum tu pastikan barang tu keras dan jgn cari jubor.nanti lisa jadi erra sangap hahaha.....polis kimak ni pun sama pukimakdia menanah.Peguam Negara lagi kuat pukimak dia pekong kahkah...

cicit ngah layor berkata...

kahkahkah.....

Servis bertukor tangan......Tok Bakor ambik tempat Braheng..... Braheng ambik tempat Tok Bakor.

kahkahkah......

Bior ler nelayan jer yg pergi nangkap ikan....aper pasai drebar kegheter api gatai2 ndak tughun kelaut juger.Bawak jer ler kegheter api tu ......bukannyer susah pon...tak ader stereng tak ader konar.kahkahkah... Ndak berpolitik...gantong baju dulu.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Tok Jebat, tak payah citer pasal makhluk bangsat dgn fakta hebat-mebat. Jebat tak perlu bicara tu semua. Jebat ajak ke gelanggang. Undang-undang dah longlai dan mati pucuk. Cakap pasal kebenaran dan maruah dah jadi bahan ketawa. Penguasa dah jadi mual bak Iblis menghisap darah tak siapa boleh larang. Pengaman dah kebal bak gangsta membalun sebab tak sapa boleh tentang. Hanya tinggal anakmuda... sianak Jebat. PS: Woit, Hang Chee Fatt tak main la tuanku-tuanku.

Tanpa Nama berkata...

himpunan sejuta belia boleh takkan bersih tak boleh.. Mmg double standard..

Tanpa Nama berkata...

apala korang ni..undang2 Allah pun dia org tak respect..undang2 ciptaan manusia lagi la...takpe..kita tuntut keadilan dan hak kita di yaumul mahsyar nanti...

Tanpa Nama berkata...

Gestapo!!!!

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sikit orang kuat polis ni,yang mana lebih power, Perlembagaan Malaysia ke atau Akta Polis?Yang ini rakyat bangang pun boleh faham.Takkan paku banyak dibahu pun tak faham.