Jumaat, 27 Februari 2026

PROJEK GULINGKAN ANWAR BIN IBRAHIM

WOW

LALU NAK TANYA

APAKAH YB PN

AKAN SEMUA

DI TANGKAP KERANA

NAK GULINGKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS


Konspirasi' jatuhkan kerajaan: Polis siasat isteri bekas menteri

Isteri kepada seorang bekas menteri kini berada dalam pemerhatian polis susulan satu laporan yang mendakwa dia merancang untuk menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Malaysiakini difahamkan bahawa dialah"individu berpengaruh" yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara Khalid Ismail dalam kenyataannya awal hari ini, ketika dia mengumumkan siasatan kes cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Menurut salinan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, wanita itu didakwa mengadakan mesyuarat dalam talian sekitar Julai tahun lalu, yang membincangkan perancangan untuk menggunakan saluran media antarabangsa bagi memberi tekanan kepada Anwar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Dua anak bekas menteri tersebut, dua peguam, dan beberapa wakil firma komunikasi strategik antarabangsa didakwa turut menyertai mesyuarat itu.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama wanita berkenaan sementara menunggu maklum balasnya serta peguamnya.

Berdasarkan laporan itu, mesyuarat tersebut turut melibatkan dua ahli perniagaan, termasuk seorang yang membuat laporan polis kerana menyatakan rasa tidak setuju dengan rancangan berkenaan dan telah menarik diri.

Pengadu berkata dia perkara itu salah dan mempunyai unsur pengkhianatan kerana ia melibatkan kerjasama dengan “ejen asing” untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri.

Mirip kes 1MDB

Pagi tadi, Khalid memaklumkan bahawa konspirasi tersebut melibatkan seorang "individu berpengaruh" dan sebuah agensi media antarabangsa.

Khalid berkata siasatan dijalankan bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan selepas polis menerima laporan semalam.

Seksyen tersebut merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Malaysiakini telah menghubungi Khalid dan bahagian komunikasi polis persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Perkembangan ini mempunyai persamaan dengan skandal 1MDB. 

Pentadbiran Najib Abdul Razak pernah membuat dakwaan serupa terhadap organisasi media tertentu manakala pengkritik berdepan ancaman pendakwaan atas "aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen".



Tiada ulasan: