Jumaat, 27 Februari 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

JUMAAT 27 FEBRUARI 2026

PUASA HARI KE 9

AWAS !!!


ANWAR BIN IBRAHIM TAKDA SOKONGAN MELAYU
Dalam PKR pimpinan Anwar bin Ibrahim terus di pertikaikan DAN DI LAWAN.  Nurul Izzah yang di rancang dengan tipu helah untuk MENANG mengalahkan Rafizi telah GAGAL menunjukkan kepimpinan.

RAFIZI KINI TIDAK BERLAPIK LAGI MENYERANG ANWAR BIN IBRAHIM.

Lebih dari 10 YB PKR secara terbuka TIBAI Anwar bin Ibrahim.

Dalam masa yang sama MUNCUL DR SAM – kepimpinan baru dalam PN – Ini mencabar.

Dalam masa yang sama KES MAFIA KORPORAT sedang mengasak.

Dalam masa yang sama DAP yang hilang sokongan  PENGUNDI CHINA. DAP memberi tekanan pada Anwar bin Ibrahim. DAP mahu Anwar bin Ibrahim  DAKWA Azam bin Baki.

Dalam masa yang sama BLOOMBERG INTERNASIONAL SEDANG MENJALANKAN PROJEK REGIME CHANGE – TUKAR KERAJAAN – jeng jeng jeng.

JUSTERU kita lihat HURU HARA DI RANCANG – jeng jeng jeng

Duit Masjid di curi jeng jeng jeng.

Kitab suci Al Quran di pijak jeng jeng jeng

AWAS!!!  Berhati-hati. Huru hara sedang di rancang untuk memastikan Anwar bin Ibrahim terus berkuasa. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Petang kemarin hujan sekejap. Langit  berkelabu mendung. Matahari belum keluar. KL & KL Sentral berkabus.

Di Pintu Masuk How Wow bersuara. Cengkerik gumbira bumi basah.    Dari jauh gua nampak Siti berlari  menuju ke arah gua. Kemudian yang lain muncul. Lalu gua beri makan. Puppy Itam ada sama.

Siti bersama Tak Tak berjalan ke  Wakaf Tiga.  Siti berlari-lari  - jelas kaki yang dengkut kemarin dah okay. 

Kembali ke Wakaf Pertama – semua menunggu. Tak Tak kini tidak lagi marah dengan Pendatang Putih – dah jadi keluarga Siti.

Bila gua tabur Friskies gua terdengar  suara CHIIIT – ha ha Tiong Suami Isteri datang berlabuh atas jalan raya. Gua tabur  makanan. 
Gua yakin kejap lagi matahari akan muncul – agaknya hari ini akan redup. Alam betul membantu kita berpuas tahun ini. Dah masuk ke minggu ke dua cuaca lembut santai.

Peniaga Bazar Ramadan pasti gumbira TAPI PENJUAL  AIR pasti merasa tertekan kerana alam tidak panas.  Amin.

BRO
SENYUM 
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Sesatkan diri lu dalam hutan belantara. Lu akan merasa betapa indahnya bumi dan alam ini.

BRO
Manusia tidak pernah menang melawan alam. Lu jangan melawan alam. Jadikan alam  kawan dan sahabat.

BRO
Bila lu seorang diri terpisah dari kawan dan keluarga lu pandang ke langit lihat awan. Kemudian padang ke bumi lihat pokok. Dengar suara unggas .  Lu akan sedar betapa indahnya alam ini. Amin

BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERJUMAAT
 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerca

Individu

Bernama

Anwar

Ibrahim

(hehe)

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dengan saudara TT, memang semuanya dicatur dirancang dilaksanakan untuk memastikan kuasa tidak lari ke mana mana, secara mudah walaupun setiap mengatakan Madani terpaling berjaya tetapi hakikatnya tidak begitu, semakin ramai terus terang mula menentang, kah kah kah, inilah musibah apabila seseorang yang memang tidak layak mendapat kedudukan, bukan menghina tetapi hakikatnya begitulah, maka janganlah salah pilih lagi, tak kira siapa biar orang-orang biasa tetapi ada nilai baik, nilai kemanusiaan, nilai integriti tinggi, jauhkan daripada manusia bertopengkan agama bangsa keturunan ketuanan sebabnya mudah, semua digunakan untuk mencuri merasuah dan merompak negara amin kah kah kah