Jumaat, 27 Februari 2026

RAKYAT MAHU AZAM BIN BAKI DI TANGKAP


RAKYAT MAHU

AZAM BIN BAKI

DI TANGKAP

KHALAS


Protes 'Tangkap Azam Baki' gegar pekarangan ibu pejabat SPRM

Kira-kira 50 orang penunjuk perasaan yang diketuai oleh ahli perniagaan, Albert Tei, berhimpun di luar ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini bagi memperkukuh tuntutan supaya ketua pesuruhjayanya, Azam Baki ditangkap.

Beberapa hadirin bergilir-gilir mengketengahkan dakwaan terhadap Azam dan SPRM seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, yang kini menjadi sasaran saman berjumlah RM100 juta.

Tei, yang menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana didakwa mempertahankan Azam, melabel bos SPRM itu sebagai “Azam Ibrahim”.

Dia turut mengulangi desakan agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bebas ditubuhkan, sambil menegaskan bahawa Azam dan Peguam Negara, Dusuki Moktar – selaku pengerusi pasukan petugas pimpinan kerajaan – mempunyai hubungan yang rapat.

“Jika kita yang langgar undang-undang, kita akan ditangkap dan disiasat. Mengapa layanan istimewa diberikan kepada beliau (Azam)?".

"Kenapa beliau berada di atas undang-undang?" dakwa Tei, yang pernah ditangkap dan dituduh dua kali berkaitan skandal rasuah perlombongan di Sabah yang didedahkan melalui siri video.

Tei seterusnya menyokong cadangan agar RCI tersebut diketuai oleh bekas ketua hakim negara, Tengku Maimun Tuan Mat, nama yang sebelum ini turut dicadangkan oleh kumpulan masyarakat sivil dan pihak lain untuk menerajui panel yang dibentuk oleh kerajaan tersebut.

Para penunjuk perasaan, yang di bawah pengawasan kakitangan SPRM dan pihak polis, mengangkat plakad yang memaparkan imej Azam serta desakan agar dia ditangkap.

Sementara itu, pempengaruh media sosial, Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai “Ratu Naga”, berkata antara perkara yang melonjakkan namanya termasuklah menjadi salah seorang daripada dua individu yang memfailkan saman sivil terhadap Azam.

“Yang pertama ialah (Allahyarham) Daim Zainudin, dan yang kedua saya, Ratu Naga,” katanya.

Menurut laporan media, Syarul Ema pada 8 Mac 2024 menamakan SPRM, Azam, dan kerajaan dalam saman pemula yang difailkan atas dakwaan bahawa dia telah dinafikan hak untuk mendapatkan khidmat peguam semasa disoal siasat oleh agensi tersebut.

“Siasatan terhadap saya itu hanya berdasarkan dakwaan dalam surat layang".

"Tetapi dalam kes Azam, walaupun terdapat pelbagai bukti dan laporan, adakah kita melihat beliau disoal siasat atau disiasat?” soal pencipta kandungan yang dikaitkan dengan Bersatu itu hari ini.

Pada 22 Februari, Azam telah dipanggil menghadap jawatankuasa khas untuk menjelaskan mengenai pemilikan sahamnya dalam Velocity Capital Partner Berhad, dengan fokus terhadap pematuhan dan keteraturan 17.7 juta saham yang dibelinyapada harga sekitar RM1.5 juta.

Siasatan tersebut menyusul selepas protes “Tangkap Azam Baki 2.0” di Kuala Lumpur pada 15 Feb yang menyaksikan ratusan peserta termasuk ahli parlimen PKR dan masyarakat sivil bergabung menuntut peletakan jawatan serta penangkapan Azam.

Bloomberg dan Malaysiakini secara berasingan melaporkan awal bulan ini bahawa Azam memiliki jumlah saham yang besar dalam dua syarikat, yang melebihi had yang dibenarkan bagi penjawat awam.

Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendedahkan bahawa Azam, pada satu ketika, memegang 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad dan kira-kira 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad.

Saham Velocity Capital Partner dipercayai dibeli pada harga sekitar RM1.5 juta, manakala saham Awanbiru dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta hingga RM1.38 juta pada satu ketika.

Susulan itu, Bloomberg menerbitkan satu lagi laporan yang mendakwa bahawa anggota SPRM bersubahat dengan individu persendirian untuk menekan pesaing perniagaan dan merancang pengambilalihan korporat, dan Azam didakwa menyedari persubahatan tersebut malah turut bertindak menyokong perbuatan berkenaan.

Ketika desakan yang semakin meningkat agar siasatan dilakukan terhadap dakwaan bahawa anggota suruhanjaya itu terkait dalam skim “mafia korporat”, SPRM pada 24 Februari mengeluarkan penafian tegas kali kedua dan menolak dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

Turut kelihatan di ibu pejabat SPRM hari ini ialah Ketua PAS kawasan Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad, yang mengulangi desakannya agar ketua pesuruhjaya SPRM pada masa hadapan dipilih oleh rakyat melalui "pilihan raya" yang serupa dengan pengundian bagi ahli dewan undangan negeri atau ahli parlimen.

Kumpulan penyokong lainyang hadir termasuk Urimai, dan Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi.

Penunjuk perasaan akhirnya bersurai menjelang tengah hari.




Tiada ulasan: