Jumaat, 27 Februari 2026

BERITA SEDIH BULAN RAMADAN


INI BERITA

SEDIH 

AMIN

ISLAM BUNUH

ISLAM

AMIN

TAPI DALAM

SEDIH ADA LAWAK

KAH KAH KAH

TALIBAN INI

DI DIRIKAN OLEH

PAKISTAN

KAH KAH KAH

SEKARANG TALIBAN

LAWAN TOWKAY

KHALAS


Tentera Afghanistan dan Pakistan terus berbalas serangan

ISLAMABAD: Pakistan mengebom bandar utama di Afghanistan termasuk ibu kota Kabul hari ini, dengan Menteri Pertahanan Pakistan mengisytiharkan perang terhadap jiran mereka, selepas beberapa bulan berbalas serangan di sempadan.

Tentera Afghanistan menyerang pasukan sempadan Pakistan pada Khamis malam, yang menurut kerajaan Taliban sebagai tindak balas terhadap serangan udara maut terdahulu, manakala wartawan AFP di Kabul dan Kandahar mendengar letupan serta bunyi jet di udara.

Hubungan antara kedua-dua jiran itu meruncing sejak beberapa bulan lalu, dengan lintasan sempadan darat sebahagian besarnya ditutup sejak pertempuran maut pada Oktober yang mengorbankan lebih 70 orang di kedua-dua pihak.

Islamabad menuduh Afghanistan gagal mengambil tindakan terhadap kumpulan militan yang melakukan serangan di Pakistan, dakwaan yang dinafikan kerajaan Taliban.

Beberapa rundingan diadakan selepas gencatan senjata awal yang diusahakan Qatar dan Turkiye, namun usaha itu gagal menghasilkan perjanjian yang berkekalan.

Kedua-dua pihak tentera mendakwa membunuh puluhan askar dalam siri keganasan sempadan terkini, yang menyusuli beberapa serangan Pakistan ke atas Afghanistan dan pertempuran sepanjang sempadan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

"Sasaran pertahanan Taliban Afghanistan diserang di Kabul, wilayah Paktia dan Kandahar," ciap Menteri Penerangan Pakistan, Attaullah Tarar di X.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif, mengisytiharkan perang dengan kerajaan Taliban.

Serangan di beberapa lokasi sepanjang sempadan itu menyusuli siri pertempuran rentas sempadan dan serangan Pakistan ke atas Afghanistan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Sebagai tindak balas terhadap pelanggaran berulang oleh tentera Pakistan, operasi serangan berskala besar dilancarkan ke atas pangkalan dan kemudahan ketenteraan Pakistan," kata jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid.

Pejabat gabenor dan penduduk di wilayah Kunar memaklumkan kepada AFP bahawa tindakan ketenteraan sedang berlangsung, manakala pegawai Afghanistan berkata angkatan bersenjata turut beroperasi di beberapa wilayah lain.

Pakistan pula menyatakan serangan itu 'ditangani dengan tindak balas segera dan berkesan'.

Menurut Kementerian Penerangan di Islamabad, Afghanistan melepaskan tembakan tanpa provokasi di beberapa lokasi merentasi sempadan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.

Jurucakap kerajaan Taliban memberitahu AFP bahawa pasukan Afghanistan menawan lebih 15 pos kawalan Pakistan dalam tempoh dua jam.

"Puluhan askar (Pakistan) terbunuh dan kami memindahkan 10 mayat ke Kunar serta kawasan lain. Terdapat juga beberapa yang cedera dan ditawan hidup-hidup," kata Mujahid.

Bagaimanapun, jurucakap Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, berkata tiada pos Pakistan yang ditawan atau rosak, sambil menambah pasukannya mengakibatkan kerugian besar di seberang sempadan sebagai tindak balas.

Seorang pegawai Afghanistan melaporkan beberapa orang awam cedera berhampiran lintasan sempadan Torkham, di sebuah kem bagi individu yang pulang dari Pakistan.

"Sebutir peluru mortar membedil kem itu dan malangnya tujuh pelarian kami cedera, dengan keadaan seorang wanita dilaporkan serius," kata Ketua Penerangan wilayah Nangarhar, Qureshi Badlun.

Sempadan itu sebahagian besarnya ditutup sejak pertempuran pada Oktober lalu, walaupun rakyat Afghanistan yang pulang dibenarkan melintas.

Operasi ketenteraan itu menyusuli serangan Pakistan ke atas wilayah Nangarhar dan Paktika pada malam Ahad lalu, yang menurut misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang awam.

Kerajaan Taliban pula memaklumkan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan menafikan pengumuman Pakistan bahawa operasi ketenteraan itu menyebabkan lebih 80 militan maut.

Kedua-dua pihak turut melaporkan kes tembakan rentas sempadan pada Selasa, namun tanpa sebarang korban jiwa. – AFP

Tiada ulasan: