Selasa, 20 Oktober 2026

TABEK HORMAT

BRO 

YANG BAIK HATI:

THERE ARE

 CITIZEN IN 

OUR COUNTRY

 WHO CARE

ABOUT 

WILD ANIMALS

AMIN

TABEK HORMAT

PADA MEREKA

AMIN

YOU... WHO DON'T

GIVE A FUCK

WE ALSO 

RESPECT YOU

NO WORRIES

NO HARM DONE

KHALAS


Unknown commented on 
"RUMAH GAJAH DALAM HUTAN
 BUKAN ATA S SIMIN DALAM ZOO"

WHO.

GIVES.

A.

FUCK.

Zoo Malaysia tau jaga gajah ke?

Silap haribulan kena sembelih utk org asli makan.


Unknown commented on
 "RUMAH GAJAH DALAM HUTAN
 BUKAN ATAS SIMIN DALAM ZOO"

Harap ketiga2 dipulangkan segera… dan bg japan option lain.. dgn pinjamkan mereka pelahap pelahap jahat konsesi projek negara yg selera dia melebihi gajah2 tu.. biar org jepun kagum dgn negara…


Unknown commented on 
"RUMAH GAJAH DALAM HUTAN 
BUKAN ATAS SIMIN DALAM ZOO"

Rakyat Malaysia semakin mengalami tekanan, tiada siapa peduli pun, semakin ramai pelajar orang-orang kita terjun bangunan jambatan sungai laut tak ada peduli pun? Kah kah kah kah makan percuma berak lancar menjadi idaman satu Malaysia kah kah kah kah





 

PANDANGAN BAIK UNTUK MAT SABU


MAT SABU 

JADI PM

SATU PANDANGAN

BAIK & JUJUR

KHALAS 

Unknown commented on 
"ISLAM BUKAN JAGA BURIT"

sila undi mat sabu jadi PM dasar iran jadi panduan...

kah kah kah

Unknown commented on
 "DIBUKTIKAN BERJAYA MENGHASUT"

Orang-orang kita tidak suka soalan cerdik, tidak suka idea baru, tidak suka golongan bijak pandai, semuanya suka orang-orang patuh cium tangan buka pintu bagi sumbangan bagi hadiah hantar imbuhan ke rumah melalui pemandu melalui agen untuk meningkatkan diri kah kah kah kah 

jadi guna wang tunai sahaja, tak boleh bank in pindah duit nanti ada bukti pembayaran, belajar cara-cara cerdik untuk makan rasuah nikmat dunia akhirat kah kah kah kah

Unknown commented on 
"HANTAR BABI HUTAN KITA KE JEPUN"

Semua tempat semua kawasan jajahan binatang liar dirampas oleh manusia, kemudian binatang masuk kandang, sekarang bising pasal najis bau syurga kah kah kah 

pakai otak lah sedikit, tahu bodoh, bagaimana nak selesaikan masalah pencemaran bau najis? Guna otak atau buka YouTube dahulu sebelum bercakap kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI







PAGI INI

SELASA 20  OKTOBER 2026

DEMO DEMO DEMO


EROPAH BERGOLAK
17 OKTOBER DEMO BESAR DI PERANCIS
Ratusan ribu turun ke jalan berdemo – kerajaan Macron jadi panik – TUDUH PARTI  KIRI - tuduh PARTI  KOMUNIS campur buat huru hara.

Kedai di bakar – barang dalam kedai di curi – Kerajaan klim TERPERANJAT ! kah kah kah  - kenapa terperanjat -  mustahil tak tahu  YANG KAYA TERUS KAYA YANG MISKIN TERUS  PAPA – itu pasal rakyat memberontak.

JALAN RAYA ialah tradisi politik Perancis.

BELGIUM – ITALI – ALBANIA – PORTUGAL – SEPANTON – semua turun berdemo

INDONESIA
HARI INI ANAK MUDA SISWA DI Indonesia AKAN TURUN BERDEMO UNTUK JATUHKAN PRABOWO – jeng jeng jeng

Ini berita baik – akan merebak KE Malaysia – seperti tahun 1997 – TAK TURUN JALAN RAYA TAK AKAN MENANG PILIHAN RAYA !!!

SELAMATKAN KTM 
Satu gerakan wajib di susun dan diatur untuk selamatkan KERETA API TANAH MELAYU.

Harta negara ini telah  gadaikan – DEMO DEMO DEMO – sebelum KTM musnah!

KTM – satu satunya harta negara yang mengguna KONSEP TANAH MELAYU – ini nak di hancurkan – Amin

HOKKIEN
Pagi ini kering berjerebu – KL & KL Sentral BERJEREBU – matahari tidak kelihatan.  Bumi di lihat hodoh.

Gua gumbira bila ramai datang makan pagi ini – Tiong dan Terkukur pun datang sama.

Pagi ini Mak Tetek Lanjut bawa dua Puppy – Puppy Itam tak kelihatan – hilang di mana?

Di Wakaf Pertama – Siti menunggu di atas tembok makam- Betina Baik datang sama – kini dah berani makan hati rebus dan keropok dari tangan gua  - wow – Gua gumbira.

Gua harap hari ini akan hujan – Betulkah angin dah beralih dan jerebu akan tamat ? Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM  SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA

BRO
Awan di langit biru mengajar kita untuk bersyukur dengan alam.

BRO
Lu lihat awan putih yang lembut –  mengajar kita untuk jujur dan ikhlas.

BRO 
Jerebu ialah  malapetaka sama seperti Anwar bin Ibrahim. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
 








 

Isnin, 19 Oktober 2026

KTM KINI DI MILIKI OLEH CUKONG


KTM

KERETA API

TANAH MELAYU

KINI DIMILIKI OLEH

CUKONG CHINA

KHALAS 

PROJEK HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM


UNTUK

 HUMBANKAN

ANWAR BIN

 IBAHIM

PAS DAN UMNO

WAJIB 

BEKERJASAMA 

AMIN

PARTI LAIN

NGO & NGI

WAJIB SEBARIS

AGAR 

AGENDA  SUCI

DAPAT DI TUNTAS

KHALAS


Kerjasama PN-BN di 


SG4: Masih terlalu 


awal tapi dah ada 


indikasi, kata Syahir


Ketika PAS secara terbuka menyatakan parti itu menerima hakikat bahawa Umno-BN akan memimpin Melaka di sebalik kerjasama bagi mendepani PRN tidak lama lagi, rancangan kerjasama di empat negeri dikuasai PAS (SG4) juga sudah mula diatur.

Penolong Setiausaha Agung PAS Syahir Sulaiman berkata walaupun masih terlalu awal dan belum berlaku perbincangan secara rasmi, Umno dan PAS masing-masing sudah mempunyai indikasi awal dalam konteks kerjasama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Perkara itu timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini mengungkapkan perihal kerjasama dengan BN dalam konteks perundingan kerusi di PRN Melaka sebaliknya bukan bagi negeri SG4.

Ditanya mengenai kenyataan Abdul Hadi, Syahir berkata, ahli politik berusia 78 tahun itu bercakap terkait kepimpinan Umno-BN dalam konteks PRN Melaka saja, manakala di negeri lain ia masih “terlalu awal.”

Pada masa sama, Syahir yang juga setiausaha politik kepada Abdul Hadi menegaskan pendirian Presiden PAS terbabit adalah sama saja dengan sikapnya terhadap PRN Negeri Sembilan.

“Masih terlalu awal (bercakap mengenai kerjasama di negeri SG4). Jawapan Tok Guru (Abdul Hadi) adalah dalam konteks rundingan kerusi PRN Melaka,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambah Syahir, sejak awal lagi PAS mengiktiraf BN yang akan memimpin kerajaan Negeri Sembilan dan kemudiannya Melaka.

“Itu menjadi asas rundingan,” katanya lagi.

Justeru, kata tambah Ahli Parlimen Bachok tersebut, bagi rundingan pengagihan kerusi bagi PRU ke-16 dan negeri SG4, ia belum dimulakan secara rasmi.

“Tetapi kedua-dua pihak sudah ada indikasi awal sebagai asas kerjasama,” katanya.

Syahir bagaimanapun tidak berhasrat untuk mengulas lanjut “indikasi awal” yang dimaksudkannya.

Pengagihan kerusi selalu menjadi isu duri dalam daging bagi sebarang kerjasama parti politik. Ia bagaimanapun tidak begitu signifikan semasa PN – yang kini dikuasai PAS – bekerjasama dengan Umno-BN semasa PRN Negeri Sembilan.

Pun begitu bagi menghadapi PRN Melaka, Abdul Hadi – di sebalik statusnya yang tiada sebarang jawatan dalam PN – menegaskan asas rundingan dengan Umno-BN adalah berbeza di negeri tersebut.

Misalnya beberapa kali Abdul Hadi mengingatkan bahawa di sebalik penguasan menyeluruh Umno-BN dalam DUN Melaka, parti itu tiada sebarang wakil di semua enam kerusi parlimen.

Pada masa sama Umno pula – melalui timbalan presidennya, Mohamad Hasan, mencadangkan agar mereka menguji keterbukaan PAS melalui PRN di mana-mana negeri dalam SG4, termasuk Terengganu.

Sabtu lalu PAS menghantar isyarat yang lunak apabila Abdul Hadi mengakui bahawa BN yang akan memimpin Melaka jika persefahaman dengan PN berjaya memenangi majoriti dalam DUN.

PAS-PN pula hanya akan bersama dalam kerajaan selepas PRN pada 14 Nov akan datang.

Ahli Parlimen Marang dan tokoh yang paling lama menjadi Presiden PAS itu turut menegaskan mereka bakal meneruskan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRU mendatang.

“Kita usaha diteruskan (kerjasama), dan untuk makluman awal kita terima hakikat Melaka dipimpin oleh BN, kita dalam kerajaan,” katanya.

RUMAH GAJAH DALAM HUTAN BUKAN ATA S SIMIN DALAM ZOO


RUMAH GAJAH

DALAM HUTAN 

BUKAN ATAS

SIMIN DALAM

ZOO

AMIN

SELAMATKAN

HAIWAN

 HAPUSKAN ZOO

KHALAS 


Dara, Amoi, Kelat tunjuk tanda tekanan emosi serius, pakar gesa tiga gajah Malaysia dipulangkan segera

KUALA LUMPUR: Nasib tiga gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun, terus menimbulkan kebimbangan apabila haiwan itu didakwa menunjukkan tanda tekanan emosi serius, sekali gus mencetuskan gesaan supaya dibawa pulang segera ke tanah air.

Lebih membimbangkan, Kelat, gajah jantan dalam kumpulan itu, dilaporkan mengalami episod musth atau fasa peningkatan hormon pembiakan sebanyak enam hingga tujuh kali dalam tempoh tujuh bulan sejak tiba di zoo berkenaan pada Mac lalu.

Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kebajikan dan kualiti hidup ketiga-tiga haiwan berkenaan yang sepatutnya mendapat penjagaan bersesuaian dengan keperluan semula jadi mereka.

Gesaan membawa pulang DAK turut disokong pakar gajah terkenal dunia dari Universiti Oxford, United Kingdom, Dr William Keith Lindsay.

Pakar itu dilaporkan menyediakan tiga laporan komprehensif bagi menggesa tiga gajah terbabit dibawa pulang segera ke Malaysia.

Aktivis Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia, Dr Siti Rabiah Raws, berkata ketiga-tiga gajah itu dikesan menunjukkan tingkah laku stereotaip secara berulang, termasuk menggeleng atau menghayunkan kepala secara berlebihan.

Beliau berkata, perbuatan berulang seperti itu boleh menjadi petunjuk tekanan dan memerlukan penilaian profesional bagi menentukan keadaan sebenar kebajikan serta kesihatan psikologi haiwan berkenaan.

"Tingkah laku ini adalah petanda jelas berlakunya tekanan perasaan yang amat berat dan berkemungkinan mengalami gangguan mental zoochosis.

"Keadaan ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap kesejahteraan psikologi mereka dan memerlukan penilaian profesional," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, keadaan Kelat turut memerlukan perhatian khusus susulan laporan kekerapan episod musth yang disifatkan pakar berkenaan sebagai tidak lazim.

Dr Siti Rabiah berkata, Dr Lindsay menjelaskan gajah jantan lazimnya mengalami musth sekali atau dua kali setahun, justeru kekerapan episod yang dilaporkan membabitkan Kelat menimbulkan persoalan yang perlu diteliti secara saintifik.

"Keadaan ini, ditambah pula dengan pemisahan Kelat daripada Dara dan Amoi untuk tempoh panjang, membangkitkan persoalan serius mengenai kebajikan haiwan itu serta kesesuaian kemudahan penempatannya.

"Kami percaya Kelat perlu menjalani penilaian veterinar bebas dan dipantau secara rapi bagi memastikan kebajikannya tidak terjejas," katanya.

Bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai keadaan DAK, beliau berkata, pihaknya mengambil inisiatif menghantar dua kakitangan ke Zoo Tennoji sejak April lalu untuk merakam serta merekodkan tingkah laku ketiga-tiga gajah itu setiap hari.

Beliau berkata, rekod berkenaan menjadi antara usaha memantau perkembangan haiwan itu ketika gesaan supaya mereka dibawa pulang ke Malaysia terus disuarakan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Tuan Mohamed Akmal Dahalan, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan terkini DAK pada masa sesuai.

"Saya tidak boleh respon secara personal. Nanti bila tiba masanya, saya akan keluar kenyataan rasmi untuk laporkan perkembangan DAK," katanya.

Pada Ogos lalu, MPT menerusi kenyataan, memaklumkan Kelat, Dara dan Amoi berada dalam keadaan sihat serta aktif, selain dipantau secara berkala oleh penjaga haiwan dan pegawai veterinar Zoo Tennoji.