Sabtu, 25 April 2026

LANGKAH BIJAK DARI AMERIKA


SATU LANGKAH

AMAT BIJAK

AMIN

MAKNANYA PERANG

AKAN MELEDAK 

KEMBALI

AMIN

INI BERITA BAIK

UNTUK RAKYAT

NEGARA SELATAN

AMIN

SUASANA KACAU

BUKA PELUANG

  UNTUK GULING

KERAJAAN ZALIM

AMIN

GULING KERAJAAN

ZIONIS TEMPAAN

KHALAS


Sekatan laut AS terhadap Iran kini diperluas ke peringkat global


WASHINGTON: Sekatan laut Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran kini diperluaskan ke peringkat global, kata Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth.

Beliau menegaskan, Iran masih mempunyai peluang untuk mencapai perjanjian dengan Washington. "Sekatan kami semakin meluas dan kini global. Tiada kapal boleh belayar dari Selat Hormuz ke mana-mana tempat di dunia tanpa kebenaran Tentera Laut AS," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata rundingan damai antara Iran dan AS mungkin disambung semula di Pakistan, menurut beberapa sumber, selepas pusingan rundingan sebelum ini yang dijadualkan awal minggu ini gagal dilaksanakan.

Berdiri di sebelah Jeneral kanan AS, Dan Caine, Hegseth berkata AS tidak tergesa-gesa untuk mencapai perjanjian dengan Iran, sambil mengulangi kenyataan Presiden Donald Trump bahawa Washington mempunyai semua masa di dunia.

"Iran tahu mereka masih mempunyai ruang terbuka untuk membuat pilihan yang bijak di meja rundingan. "Apa yang perlu mereka lakukan ialah meninggalkan program senjata nuklear dengan cara yang nyata dan boleh disahkan," katanya.

Sementara itu, Caine berkata Komando Pusat AS terus melaksanakan sekatan ketat terhadap semua pelabuhan di Iran, dengan 34 kapal telah diarahkan berpatah balik setakat pagi Jumaat.

Beliau berkata, tentera AS akan terus memintas kapal Iran di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi."Kami menguatkuasakan sekatan ini terhadap semua kapal tanpa mengira negara yang menuju ke atau dari pelabuhan Iran.

"Kami sedang memantau rapat kapal yang menuju ke Iran dan juga yang meninggalkan Iran, termasuk kapal yang berada di luar kawasan sekatan ketika arahan dikeluarkan, dan kami bersedia untuk memintasnya," katanya.

Sekatan tentera laut AS ke atas Iran bermula pada 13 April lalu. Hegseth turut memberi amaran bahawa sebarang usaha Iran meletakkan periuk api di Selat Hormuz akan dianggap melanggar gencatan senjata.

"Pergerakan di Selat Hormuz masih berlaku, tetapi jauh lebih terhad dan lebih berisiko, kerana Iran melakukan tindakan tidak bertanggungjawab menggunakan bot kecil dan laju yang dilengkapi senjata," katanya.

Tiada ulasan: