Rabu, 22 April 2026

IKUT CARA NEGERI SEMBILAN


IKUT CARA

NEGERI SEMBILAN

AMIN

RAJA ADIL RAJA 

DI NOBAT

RAJA HAPRAK

 RAJA DI REMBAT

KHALAS

JANGAN BUKA CERITA LAMA

 

BAHAYA AMAT

BAHAYA

AMIN

JANGAN BUKA

 GOL N GINCU

NANTI BONTOT

KENA KY JELLY

KAH KAH KAH

KHALAS 

AGAMAWAN KARUT

 


AGAMAWAN ISLAM

JADI BARUA ZIONIS

BUKAN PERKARA

YANG BARU

AMIN

PEMIMPIN ISLAM

JADI BARUA ZIONIS

AMAT RAMAI

AMIN

PUAL WOLFOWITZ

SEORANG PELOBI 

ZIONIS DI AMERIKA

IALAH KAWAN BAIK

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KHALAS

Anwar bin Ibrahim raikan agamawan Saudi terpalit kontroversi 'mesra Zionis'

Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim baru-baru ini meraikan kehadiran seorang agamawan Arab Saudi yang terpalit kontroversi atas latar belakangnya yang mesra dengan lobi Zionis di Amerika Syarikat dan Israel.

Kunjungan Mohammad Abdulkarim Al-Issa, yang merupakan setiausaha agung Liga Muslim Sedunia (MWL), berlaku hampir dua tahun selepas lawatannya ke Malaysia mencetuskan kritikan atas sejarahnya yang dilihat bersimpati dengan pemimpin Zionis.

Ia juga menjelang Muktamar Agamawan dan Cendekiawan Pelbagai Agama Seluruh Dunia, sebuah perhimpunan tahunan anjuran MWL yang diadakan di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

"Dalam pertemuan yang singkat dan bermakna ini kami membincangkan beberapa isu hubungan antarabangsa serta hubung kait dengan pembelaan masyarakat Islam di seluruh benua yang menghadapi tekanan peperangan dan kezaliman," menurut hantaran Anwar di Facebook.

"Mendoakan agar segala usaha murni dan kerja amal MWL terhadap Agama Islam serta masyarakat Muslim dan dunia ini diberkati Allah dan mendapat kejayaan seperti yang kita semua harapkan."

MWL merupakan badan dakwah anjuran kerajaan Saudi yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, termasuk ketika beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia, atau Abim.

Tiga hari selepas serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari, Al-Issa menyalahkan Tehran, sambil menuduh Iran melakukan "keganasan dan kejahatan di atas muka bumi yang melanggar semua nilai agama serta undang-undang dan norma antarabangsa dan kemanusiaan".

Kunjungan Al Issa pada Mei 2024 berlaku ketika kemuncak kempen genosid Israel di Gaza yang menyasarkan orang awam Palestin, di mana lebih 70,000, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, terbunuh.

Ketika itu, Al Issa juga dianugerahkan ijazah doktor kehormat daripada Universiti Malaya.

Bagaimanapun, latar belakang Al Issa mula menjadi fokus disebabkan beliau dan MWL pernah dipuji media Israel, yang melihatnya sebagai orang penting dalam menjayakan pelan normalisasi hubungan dengan Riyadh.

Normalisasi hubungan Arab Saudi dengan Israel adalah sebahagian daripada Perjanjian Abraham yang ditaja AS, dengan matlamat supaya regim Arab mengiktiraf negara Israel.

Al-Issa, yang juga bekas menteri kehakiman Arab Saudi, pernah menyertai lawatan bersama kumpulan pro-Zionis dari AS, American Jewish Committee (AJC), melawat kem Nazi di Auschwitz di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

AJC merupakan antara kumpulan Zionis yang melawan sentimen anti-Israel yang semakin meningkat di AS, dan menyatakan sokongan kepada genosid Israel di Gaza. 

Al-Issa juga mengadakan pertemuan mesra dan berkongsi pentas dengan beberapa tokoh Yahudi Zionis lain, seperti rabbi berpangkalan di AS, Marc Schneier dan Arthur Schneier, dan Rabbi Ephraim Mirvis yang berpangkalan di UK, kesemuanya watak yang mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza.

Pada 2021, Al-Issa mengambil bahagian dalam satu acara dianjurkan Universiti Yeshiva, institusi Yahudi di New York yang mempunyai cawangan di Israel, di mana beliau berkongsi pentas dengan presidennya Ari Berman, seorang rabbi Zionis yang mengetuai usaha mendapatkan sokongan universiti Amerika kepada Israel selepas serangan 7 Oktober lalu.

Pada 2022, media Israel menyambut baik keputusan Putera Mahkota Mohammed bin Salman melantik Mohammad Abdulkarim untuk menyampaikan khutbah semasa musim haji, dengan rangkaian Channel 12 di Israel menyifatkannya "isyarat penting" dari Riyadh mengenai pendiriannya terhadap normalisasi dengan Israel.

Dalam satu artikel yang memuji Al-Issa, akhbar Times of Israel pula menyifatkan beliau sebagai "suara menentang anti-Semitisme", tuduhan yang kerap digunakan Israel terhadap pengkritiknya, termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Al-Issa juga dilihat kerap mengutuk mereka yang menafikan berlakunya pembunuhan ramai-ramai orang Yahudi dulu, atau "holocaust deniers", iaitu label yang sering dilemparkan pada sesiapa yang mempersoalkan naratif Barat mengenai penghapusan Yahudi di bawah Nazi Jerman.

Al-Issa bagaimanapun menafikan beliau bersimpati dengan Israel, dan bekata beliau cuma berkongsi pentas dengan penganut Yahudi dalam menyebarkan kebaikan, sambil menambah mereka dirujuk sebagai "ahli kitab" di dalam al-Quran.

Sebaliknya, beliau berkata ada kalangan rakyat Israel sendiri yang menentang kejahatan, dan berkata akan mengutuk sesiapa sahaja  termasuk orang Islam jika mereka melakukan kesalahan.

PKR WAJIB BERBANGGA


AHLI PKR

WAJIB BERBANGGA

KINI ADA PEMIMPIN

BERNAMA

 RAMANAN

AMIN

BUKAN SENANG

PKR NAK DAPAT 

PEMIMPIN

HEBAT DARI 

PARTI INDIA MIC

KAH KAH KAH  

KATA KUNCI

IALAH  INDIA & AUTA

KAH KAH KAH

KHALAS 


Tak bantah dalam kabinet? Saya memang tunggu serangan macam ini’

Rafizi Ramli menyangkal dakwaan pegawai Menteri Sumber Manusia R Ramanan bahawa dia tidak membangkitkan isu berkaitan kontrak Sistem Pengurusan Terpusat Pekerja Asing (FWCMS) semasa menjadi menteri.

Mendedahkan dia “memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi” sebegitu, Rafizi malah berkata apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

“Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis,” katanya.

“Bantahan ini ada di dalam rekod minit jemaah menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi menteri ekonomi.”

Semalam, Aizuddin Abd Ghafal, setiausaha politik Ramanan mempersoalkan mengapa Rafizi Ramli dan anggota parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad "baru sekarang" bersuara mengenai FWCMS.

Aizuddin berkata kontrak FWCMS diperbaharui pada 2024 ketika kedua-duanya masih berada dalam kabinet.

Terdahulu, Rafizi, Nik Nazmi, bersama lapan lagi anggota parlimen PKR, mengemukakan bantahan terhadap rancangan untuk memberi Bestinet satu lagi kontrak kerajaan dipanggil The Universal Recruitment Advanced Platform (Turap), dikatakan bagi menggantikan FWCMS.

Dalam kenyataan mereka, wakil rakyat PKR itu berkata FWCMS dibelenggu dengan isu, yang menimbulkan keraguan terhadap kemampuan Bestinet untuk membangunkan sistem sedemikian.

Bestinet menafikan dakwaan terhadapnya.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan pada jemaah menteri sekitar pertengahan 2024.

Ketika itu, katanya, Aizuddin adalah pegawai tugas-tugas khas kepada menteri dalam negeri dan “sepatutnya dia ingat mengenai bantahan bertulis dari saya (Rafizi) dan Kementerian Ekonomi”.

Secara rasmi, katanya, dia menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN.

Pendirian Kementerian Ekonomi ketika itu berasaskan perkara-perkara berikut:

Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan.

Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan jemaah menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat.

Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM.

Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM.

Dedah minit mesyuarat

Sementara itu, Rafizi mencadangkan Ramanan mendapatkan kebenaran perdana menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat kabinet mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai.

“Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa,” katanya

PLASTK MAKIN KURANG

 


BETUL - INI 

BERITA BAIK

 DUNIA SELAMAT

 DARI PLASTIK

AMIN

MINGGU LALU

GUA ALAMI 

 PLASTIK 

PEMBUNGKUS

DI NSK KLANG LAMA

DAH JADI KECIL

AMIN

Unknown commented on 

"SAMBUNG RUNDING

 ATAU SAMBUNG PERANG"


minyak tak ada. krisis bekalan. tapi tidak pernah menarik perhatian aku. tapi hari ini penghulu mandor supermarket berkata dalam surat khabar internet plastik pembungkusan bekalan kritikal. sekali pakai, terus dibuang. konsumeris malas berfikir. 


Apa lagi mengolah semula.memamng membuktikan sebenarnya urat nadi kapitalis adalah pada konsumeris pelahap dan minyak. jika mahu manusia terus hidup hingga ke akhir zaman, berhenti membeli. ubah hidup sekarang.

AGAMA SEBAGAI ALAT


INI BUKTI

AGAMA DIGUNA

SEBAGAI ALAT

UNTUK MENIPU

AMIN

NGO APA NI?

TAKDA NAMA?

KHALAS


Kes seleweng dana zakat RM230 juta: Dua individu termasuk timbalan pengerusi NGO dibawa ke mahkamah untuk reman


SHAH ALAM: Seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan pengarah syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini untuk proses reman berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Mereka dibawa oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Selangor pada jam 9.11 pagi.

Kedua-dua mereka tiba dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap SPRM, masing-masing cuba mengelak dirakam sekumpulan petugas media yang menunggu sejak jam 8.30 pagi.

Semalam, BH melaporkan, seorang timbalan pengerusi sebuah NGO antara tiga individu ditahan SPRM kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Difahamkan, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an ditahan antara jam 3 hingga 5 petang dalam operasi sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang.

Siasatan awal dalam kes itu mendapati kesemua suspek, dua daripadanya adalah pengarah syarikat, disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 hingga 2024.

Timbalan pengerusi NGO terbabit juga dikatakan sudah memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi.

Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO berkenaan adalah sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan memerlukan.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.



TERAM BERI ANCAMAN - IRAN TAK AMBIL POT


ANCAMAN TERAM

HANYA AUTA

KAH KAH KAH

IRAN TAK AMBIL POT

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK KITA SEMUA


KRISIS MINYAK

BERITA BAIK

AMIN

KITA  DIPAKSA

KEMBALI KEPADA

ASAS TANI

AMIN

CUCUK TANAM

UNTUK MAKAN

SELAMA INI IMPORT

AMIN

PERANAN MAT SABU

UNTUK BERI JALAN

TERBAIK

AMIN


Kesan krisis bekalan global mula meresap dalam kos harian -Menteri

KUALA LUMPUR – Kesan krisis bekalan global sudah mula meresap ke dalam kos pengangkutan, logistik, harga barang serta perbelanjaan harian rakyat dan negara kini sedang berhadapan dengan fasa penyesuaian kos yang semakin nyata.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata berdasarkan pemantauan harga bahan makanan terpilih bagi tempoh 13 hingga 19 April menunjukkan pergerakan harga yang bercampur.

Beliau berkata situasi itu menunjukkan tekanan bekalan tidak berlaku secara seragam, tetapi berbeza mengikut kategori dan dipengaruhi oleh faktor cuaca, kos input pertanian, kos pengangkutan dan turun naik bekalan jangka pendek.

“Harga purata ayam standard meningkat 2.8 peratus daripada RM9.09 sekilogram kepada RM9.33 sekilogram, sementara harga daging lembu menurun 5.0 peratus kepada RM35.65 sekilogram, manakala telur ayam Gred C kekal stabil pada purata RM3.66 bagi 10 biji.

“Bagi kategori ikan dan sayur-sayuran pula, harga ikan kembung menurun kepada RM16.43 sekilogram daripada RM17.08, manakala purata harga sawi meningkat daripada RM5.89 kepada RM6.21 sekilogram dan harga bayam hijau kekal stabil pada RM5.26 sekilogram,” katanya dalam taklimat khas berkaitan krisis bekalan global yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan, hari ini.

Beliau berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut merekodkan kenaikan purata harga diesel di Semenanjung kepada RM4.09 seliter berbanding RM2.98 pada Februari, manakala RON97 meningkat kepada RM4.01 berbanding RM3.11.

Sehubungan itu, katanya tindak balas kerajaan perlu cepat dan tepat berasaskan data semasa dalam berdepan kesan krisis berkenaan terhadap kehidupan rakyat.

Berhubung pasaran buruh pula, Akmal Nasrullah berkata trend kehilangan pekerjaan buat masa ini belum menunjukkan tekanan berskala besar, namun masih memerlukan pemantauan rapi.

“Pengalaman lalu menunjukkan impak kejutan kos tenaga kepada pekerjaan lazimnya muncul dengan sedikit jarak waktu.

“Berdasarkan data permohonan faedah di bawah Sistem Insurans Pekerjaan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 4,708 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan bagi tempoh 16 hari pertama April 2026,” katanya.

Akmal Nasrullah menjelaskan suku kedua 2026 akan menjadi tempoh penting untuk menilai sama ada tekanan kos yang dihadapi syarikat mula diterjemahkan kepada langkah pengurangan operasi atau pekerjaan.

MALAM INI JAM 8 DI DEWAN CHINA KUALA LUMPUR


JEMPUT DATANG

MALAM INI

JAM 8 MALAM

DEWAN CHINA KL

AMARAN IRAN KEPADA TOK ARAB BARUA AMERIKA


IRAN BERI AMARAN

PADA TOK ARAB

BARUA 

ZIONIS AMERIK

KHALAS

BUKU DI HARAM TAHUN 2026


BUKU DILARANG

BACA TAHUN 2026

SATU KERJA

 BODOH

AMIN

BUKU KOMUNIS

MARXIS  ATEIS

BUKU MELAWAN

SEMUA ADA

DALAM INTERNET

AMIN

MAO ZEDONG

CAKAP BETUL :

JIKA TULISAN 

ATAU FIKIRAN

MARXIS DI HARAMKAN

MAKA FIKIRAN ITU

ADALAH BETUL

AMIN

JIKA TULISAN ATAU 

FIKIRAN ITU PALAT

 MAKA

PASTI IANYA TIDAK 

DI LARANG

KHALAS




KDN haramkan buku terjemahan sejarah Mao Zedong, diterbit guna dana S'gor
Kementerian Dalam Negeri mengharamkan satu lagi penerbitan mengenai pemimpin komunis, kali ini melibatkan sebuah buku terjemahan mengenai Mao Zedong yang diterbitkan di bawah pembiayaan kerajaan negeri Selangor.

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan, buku bertajuk 'Mao Zedong: China dalam Dunia Abad ke-20' diharamkan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang memberikan Menteri Dalam Negeri "budi bicara mutlak" untuk melarang sebarang "penerbitan yang tidak diingini".

Larangan itu berkuat kuasa dari tarikh warta pada 13 Februari.

Buku asal bertajuk 'Mao Zedong and China in the Twentieth-Century World' ditulis oleh profesor sejarah Universiti New York, Rebecca E. Karl.

Buku itu berkisar sejarah kehidupan dan pemikiran bekas pemimpin Parti Komunis China itu, menurut penerangan oleh Duke University Press.

Versi terjemahan diterbitkan pada 2020 oleh IBDE Ilham Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang menerima geran daripada kerajaan negeri Selangor.

Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Eksekutif IBDE, Mohd Farhan Nor Affandi, berkata buku itu adalah antara penerbitan yang telah diterjemahkan di bawah inisiatif 'Siri Pencerahan Selangor' kerajaan negeri.

Dia berkata syarikat itu mengambil maklum keputusan pengharaman berkenaan, namun menegaskan bahawa buku itu hanyalah penulisan akademik dan analitikal tentang sejarah.

"Ia tidak bertujuan mempromosikan atau menyebarkan ideologi komunisme, sebaliknya menghuraikan peranan Mao Zedong dalam konteks sejarah dunia abad ke-20.

“Pendekatan sebegini (penerbitan karya) adalah amalan biasa dalam sejarah di peringkat antarabangsa," kata Farhan sambil menambah bahawa ia ditulis oleh seorang sarjana sejarah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Farhan berkata bahawa kematangan sesebuah masyarakat bergantung pada keupayaannya untuk memahami pelbagai ideologi dan peristiwa sejarah.

"Memahami sesuatu tidak semestinya bermaksud menyokongnya, sebaliknya membantu membentuk penilaian yang lebih tepat dan berinformasi," kata Farhan.

Berdasarkan semakan, IBDE menterjemah karya-karya besar meliputi biografi, sejarah, falsafah, seni dan sastera.

Karya terjemahan lain yang pernah diterbitkan IBDE termasuklah Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal karya Martin Lings, Nekad: Potret Kehidupan Dato’ Sir Onn bin Ja’afar karya Pamela Ong Siew dan Jose Rizal Melayu Agung oleh Carlos Quirino.

Malaysiakini telah menghubungi kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan komen.

Minggu lalu, penerbit buku Gerakbudaya telah diberikan notis daripada kementerian yang mengharamkan dua penerbitannya yang menceritakan kisah tentang perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Buku berkenaan ialah memoir tentang tokoh PKM terkemuka Shamsiah Fakeh, manakala buku kedua bertajuk Komrad Asi (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah, yang diterbitkan pada tahun 2022

LAWAN RASUAH - GULINGKAN KERAJAAN RASUAH


CARA TERBAIK

LAWAN RASUAH

IALAH GULINGKAN

KERJAAN RASUAH

KHALAS

TEATER AZAM BIN BAKI


INI NAMANYA

TEATER

AZAM BIN BAKI

AMIN

TEATER YANG LAIN

IALAH LAKONAN 

TAMBAHAN

AMIN

TEATER TAMBAHAN

DIPENTASKAN 

NAK TUNJUK

AZAM BIN BAKI

BUAT KERJA

MELAWAN RASUAH

AMIN

JANGAN GANGGU

AZAM BIN BAKI 

AMIN SELAGAI 

AZAM BIN BAKI

TAK MASUK JIL 

RASUAH AKAN 

TERUS MEREBAK

KHALAS


Ketua Pengarah JUPEM hadapi 2 tuduhan rasuah lebih RM130,000

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua tuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan dana Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) berjumlah lebih RM130,000.

Datuk Hazri Hassan, 57, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan sebaik ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Inspektor polis dituduh minta rasuah RM11,500


BUTTERWORTH: Seorang inspektor polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM11,500 bagi menyelesaikan kes berkaitan aktiviti perjudian dua tahun lalu.

Tertuduh Mohd Firdaus Kamal, 39 mengaku tidak bersalah dan mahu kesnya dibicarakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Penjawat awam ditahan kemuka tuntutan palsu RM500,000


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi suspek yang juga penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM500,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah.


Suspek kedua kes dokumen palsu RM500,000 ditahan SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu babitkan tuntutan kira-kira RM500,000.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek yang juga penjawat awam serta pengarah sebuah syarikat kontraktor disyaki bersubahat dengan seorang lagi lelaki.

"Lelaki terbabit ialah pengarah syarikat pembinaan yang sudah ditahan pada Isnin lal