Sabtu, 25 April 2026

PAGI INI


PAGI IN



PAGI INI

SABTU 25 APRIL   2026

PERANG HARI KE 56

GENCATAN SENJATA BERJALAN


DEMO  PETANG INI DI SOGO JAM 3
Turun ramai ramai kita berdemo – Gua hanya gunakan nama AZAM BIN BAKI untuk hasut orang ramai ke jalan raya.

Ini kerana gua sedar AZAM BIN BAKI akan berhenti dari BERTUGAS ganti orang lain – tapi rasuah tetap berjalan. BUKAN BUKAN BUKAN Azam bin Baki punca rasuah – SISTEM  EKONOMI POLITIK yang kita guna pakai ini adalah punca rasuah.

PENGGANTI AZAM BIN BAKI
Lihat bagaimana tipu helah berjalan – MEDIA MELAPOR AGUNG  AKAN UMUM nama Pengerusi SPRM baru.

Sehari kemudian media melapor  Anwar bin Ibrahim telah pergi menghadap Agong dengan  beberapa nama cadangan – JENG JENG JENG.

INI SEMUA TIPU HELAH – nanti jika MALAON BARU pengerusi SPRM ini buat taik maka Anwar bin Ibrahim kata ini TAIK bukan dia yang pilih – kah kah kah.

JUSTERU PETANG INI MARI  TURUN KE SOGO KITA DEMO – BUKAN UNTUK TANGKAP AZAM BIN BAKI – KITA HANYA GUNA NAMA AZAM BIN BAKI.

Tujuan kita ialah menghumbankan Anwar bin Ibrahim – Jangan lupa TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHANRAYA – turun turun turun ! Amin

SELAT HORMUZ MASIH DI TUTUP
Ini baik untuk ganggu ekonomi kapitalis sedunia – sana sani makin  kacau. KACAU  BILAU ADALAH BAIK UNTUK HASUT RAKAT UNTUK GULING KERAJAAN  dan dirikan    DUNIA BARU.

RUNDINGAN DAMAI
ISLAMABAD – di lapor rundingan akan bermula sekali lagi di Pakistan. Menteri Luar Iran dah terbang ke Islamabad.  JD Vance juga dalam perjalanan ke Pakistan.

TERAM SEDANG MENYEMBAH IRAN UNTUK TAMATKAN PERANG INI – kah kah kah PADAN MUKA. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah – kemarin hujan petang agak lebat. Langit cerah biru berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Suara Tuk Tuk Tuk didengar – juga suara Terkukur.
  
Ha ha – Emak dan keluarga datang berlari. Pagi ini ramai – mereka dah tahu gua akan datang – semua menunggu dekat lorong masuk.

Gumbira ialah melihat ramai warga Hokkien datang makan.

Siti dan Jantan Baik ikut gua ke Wakaf Tiga  - Mereka tahu pulang singgah di Wakaf Pertama dapat Friskies dan hati ayam.

Di Wakaf Pertama  Tiong Suami Isteri datang berlabuh sama – tapi gua tak dapat tangkap gambar.  

Berjalan pulang gua nampak langit di atas Le Chateau  biru   RACUN SEDANG DI TABUR – ini projek meracun warga – projek jahat Amerika dengan kerjasama MADANI  untuk memasti kita rakyat akan menyedut racun yang di tabur dari udara : TUJUAN : untuk kita tak bangun melawan. AMIN.

HARI ini gua tak pergi pasar  - GUA nak pergi demo. Kawan kawan mari bersama.  Gua harap tak hujan – panas okay – gua suka panas ketika berdemo – ini senaman. Khalas.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
 PAGI SABTU

BRO
Cinta sejati  ialah kebahagiaan orang  lebih penting dari kebahagiaan diri lu.

BRO
Lu cinta dia bukan kerana sapa dia tapi kerana dia beri lu peluang untuk jadi diri lu.

BRO
Bila lu jatuh cinta semua yang susah jadi senang. Semua yang berat jadi ringan. Amin.


LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
MARI SAMA BERDEMO

Tiada ulasan: