Jumaat, 19 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Terbaca bertapa lumayannya pendapatan tuan empunya warong
Terbaca bertapa sibuknya di sana sini

Terlihat kesibukan
Terlihat kegembiraan

Hari raya akan sampai lagi sepuluh hari

Igat kah masa itu
Masa menunggu berita dari teluk kemang
Ingat kah masa itu
Betapa sedihnya jika hujan petang turun di jelebu
Ingatkah masa itu
Kita berharap anak bulan akan melintasi telok kemang
Ingatkah masa itu
Telinga kita tidak jauh dari radio

Semuanya telah tiada lagi
Magiknya telah hilang
Semua nya telah tiada lagi
Magiknya telah ditelan modeniti

Ke mana agaknya meriam buluh
Ke mana agaknya mercun lidi

Kenapa saloma tidak lagi berkata :
dam dam dum bunnyi mercun
kanak-kanak datang berduyun-duyun

suara saloma pun telah di rampas
apa lagi yang mereka mahu
semuanya telah mereka miliki

air, api, jalan, hospital, sekolah, bank
semuanya telah mereka miliki

yang tinggal hanya ingatan
ingatan bukan nostalgia
ingatn ialah harga diri

ingatan ini tidak akan pergi pergi
selagi mata hari terbit
selagi ombak masih memukul tebing batu di tanjung tuan
ingatan akan wujud


nantikanlah satu masa nanti saloma akan berkata dipagi raya:
dam dam dum bunyi mercun
kanak-kanak datang berduyun-duyun

ingatan tidak pernah dapat dikalahkan
ingatan akan turun dan turun
dari otak ke mulut
dari mulut ke tangan
dari tangan ke jari

jari inilah yang sedang menyebar ingatan

12 ulasan:

MATASENI berkata...

Nampaknya manusia kini akan mengalami membuat sesuatu ritual itu baik yang bersifat agama mahupun budaya tanpa ada rasa rohnya. Rohnya sudah dimatikan oleh modeniti atau teknologi.

Tanpa Nama berkata...

well said. i like the 'ingatan adalah harga diri' line - so true and yet most people tend to overlook.

TheLastGig

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM..BANG ISHAM
SAYA RASA BANG ISHAM KENA TUKAR LA GAMBAR TENGAH HISAP ROKOK TU..NAMPAK TAK SOPAN..SEMPENA BULAN MULIA NI ELOK LA TUKAR PAKAI BAJU MELAYU KE..
JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL..BERDOALAH KITA SEMUA SEMOGA SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Tanpa Nama berkata...

memang best tulisan bro isham.. ada kick!

Tanpa Nama berkata...

ingat dulu dulu
bila malam 7 liku
kampung diterangi lampu
dgn minyak tanah pak usu
budak 2 main bunga api
sekitar riang sekali
sekarang tiada lagi
sekitar rumah batu
semua sibuk tiada waktu
semua tunggu hari cuti
rumah batu lengang semua pergi..

bro isham,
selamat beposo & selamat haghi ghayo.. ghindu bona ese kek kampung...

Tanpa Nama berkata...

Terimakasih sdr Hisham,kerana puisi mu ini menjadikan aku kembali mengingati zaman silam ku,ianya cukup indah.

zzputra berkata...

hilang dh rasa eksotika raya,tp ini la dinamakan modenity. Serba serbi utk memudahkan kehidupan.

Tanpa Nama berkata...

Raya raya juga jangan lupa zakat fitrah..

Nightline TV3/4 terslot kempen e-zakat kerajaan Selangor.

Besok ada yang kena surat warning ni..

fikiranlicin berkata...

ia... dgn jari ini aku tidak lupa, dgn jari ini juga tersisa hamparan memori buat mendepang secebis kekuatan melawan 'jari itu'... terus menulis bro, buat memori utk masa hadapan..

Tanpa Nama berkata...

bro

i really like what u written!!

ya teringat ... masa kecil kecil dulu duduk di kaca tv tunggu raya ke tak? sekarang ... setahun dah tahu bila tarikh raya ...

teluk kemang, meriam buluh, tanjung tuan, pasang pelita, berbuka beramai ramai ...nostaliga yang tak mungkin luput dari ingat

Cikgu Din Sakura berkata...

Iyolah beb ingatan tu harga diri.Ingatan itulah "anda". Mercun cili padi, yang besar sikit cili merah kot. Ada plak yang warna petak putih merah, putih biru dan putih hijau. Takde pulak yang putus jari atau buta mata.
Ya, nostalgia itu "anda". Meriam buluh dgn kabaid. Mandi di sungai berendam berjam-jam sampai merah mata. Zaman gelap pelita minyak dan minyak gas. Keliling rumah dipenuhi bunga mawar dan pecah piring. Sejuk menggigil di pagi subuh dipaksi ibu untuk mandi kerana nak ke sekolah pada jam 6.00 pagi!
Balik sekolah campak beg sekolah muka pintu. Tak payah makan sudah hilang merayau. Kelam senja baru nampak muka. Oh bahagianya.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak setuju! langsung tak setuju, kerana setiap zaman adan memori dan romantisnya.

Contoh: apakah kita fikir budak-budak kecil sekarang tak menunggu? Tidak menanti di pintu pagar rumah Taman Tun untuk bapa pulang bawa "mainan game" atau VCD, atau lemang yang di beli dari sekitar Gombak, atau ke Jalan TAR melihat dan membeli baju murah?

Tidak salah mengingati, tetapi salah untuk 'kembali'. Apakah salah modeniti, kerana sebelum Hisham kecil, sudah ada yang lebih dahulu hidup pada zaman kecil masing-masing.

Di samping kita menganjung 'ingatan', mana mungkin kita menentang arus zaman? Samalah, mana mungkin sepenuhnya ditelan arus itu juga.

Di sana ada kesederhaan, bukan sekadar romantisme. Dan romantisme juga ada kekejaman tersendiri!

Aku tetap tidak percaya bahawa dunia ini hanya black and white!

Pembuat Songkok
Kampong Baharu, KL.