Selasa, 24 Jun 2014

KAKI JUDI APA NAK HAIRAN




Timbalan menteri Umno miliki saham konsesi UiTM Tapah, kata PKR


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman (gambar) merupakan pemegang saham minoriti dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, kata PKR.
"Hari ini saya boleh mengesahkan ahli Parlimen Pasir Salak adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/timbalan-menteri-umno-miliki-saham-konsesi-uitm-tapah-kata-pkr#sthash.NhKXjYJk.dpuf




TIMBALAN MENTERI PERTANIAN ADALAH PEMEGANG MINORITI KONSESI PENSWASTAAN UiTM CAWANGAN TAPAH

Hari ini saya boleh mengesahkan bahawa Dato’ Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian and Industri Asas Tani adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah. Ini mengulangi perkara yang sama di dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM yang lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno.

Konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM. Salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Dato’ Tajuddin Rahman. Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Dato’ Tajuddin Rahman.

Seorang lagi pengarah di dalam UniTapah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan Dato’ Tajuddin Rahman adalah Vignesh Naidu a/l Kuppusamy Naidu melalui usahasama perniagaan bersama di antara mereka. Selain UniTapah Sdn Bhd, Dato’ Tajuddin Rahman dan Vignesh Naidu mempunyai hubungan melalui sebuah syarikat pembinaan iaitu Everfine Resources Sdn Bhd yang mana Dato’ Tajuddin Rahman adalah pengerusinya dan Vignesh Naidu pengarah syarikat itu.

Kepentingan Dato’ Tajuddin Rahman di dalam syarikat konsesi ini dipegang melalui sebuah syarikat iaitu Detik Utuh Sdn Bhd. Syarikat itu mempunyai kepentingan sebanyak 9.8% di dalam UniTapah Sdn Bhd manakala saham selebihnya dipegang oleh sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd).

Dato’ Tajuddin Rahman memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar. Saham-saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham). Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pengarah-pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu-individu yang rapat dengan Dato’ Tajuddin Rahman iaitu anaknya sendiri (Sri Rahayu) dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood.

Walaupun pegangan Dato’ Tajuddin Rahman tidaklah sebesar pegangan ahli-ahli politik Umno yang lain dalam konsesi yang telah saya dedahkan sebelum ini, ia mengesahkan bahawa setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan sekurang-kurangnya ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat.
  
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

24 Jun 2014




-------

7 ulasan:

kijfd berkata...

jadi menteri tapi perangai hodoh,,

Tanpa Nama berkata...

Mamat pasir salak ni pernah masuk TV dgn TT berhujah dalam astro bangang x paham apa TT nak sampaikan dgn gaya poyo tingikan suara bodek lebih.. Dlm parliament pun serupa sakai bodek lebih.. rupa2 ada tungkik celah kangkang patutlahhh bodek lebih.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Cis!!! Ko yg untung ank beranak, budak2 melayu anak org kg miskin yg kena bayo hutang ptptn. Dah lg bila grad tak dpt keje sbb peluang keje kat glc dirembat suku sakat kroni ko lg. Ptui!

Nazrio berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Melayu petikai melayu. Cina kaya tak petikai plak. Dengki iri hati itu lah sifat ratizi. Melayu layak untuk kaya walau macamanapun. Ini tanah bonda mereka.

tukar najib berkata...

Bodohnya anon kat atas ni. Sebelum buat ulasan, sila baca habis story bermula Dari pendedahan pertama.kenapa rafizi dedahkan. KO ni bekas uitm ka?. Patutla bodoh memanjang.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya cina kaya ikhtiar sendiri bukannya ambil kesempatan atas slogan kononnya nak tolong bangsa! Ptui!!