Ahad, 26 April 2026

PARTI POLITIK BARU DARI RAFIZI


PARTI POLITIK BARU

RAFIZI AKAN UMUM

AMIN

IRAN SUDAH KALAH PERANG !!!


IRAN BERANI

CAKAP MACAM INI

KERANA IRAN 

TAHU AMERIKA

DAH KALAH

KAH KAH KAH

KHALAS


Iran dakwa sebahagian besar peluru berpandunya 'belum digunakan' dalam perang dengan AS


HAMILTON: Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Iran berkata sebahagian besar keupayaan peluru berpandu negara itu 'belum digunakan dalam perang dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Tasnim News.

Laporan agensi berita separa rasmi itu memetik Jeneral Reza Talaei-Nik berkata: Sebahagian besar keupayaan peluru berpandu Iran masih belum digunakan.

"Pasukan kami mengekalkan penguasaan udara sepenuhnya ke atas wilayah yang diduduki entiti Zionis (Israel) dan sebahagian daripada keupayaan peluru berpandu kami digunakan sepanjang perang selama 40 hari itu,".

Beliau mendakwa tentera Iran mengekalkan kelebihan sepanjang konflik itu.

Mengenai konfrontasi di laut, Reza mendakwa, kapal perang musuh beberapa kali berundur ratusan kilometer dari Laut Oman sebagai tindak balas terhadap tindakan tegas pasukan Iran.

Perkapalan melalui Selat Hormuz terjejas teruk sejak AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran bermula 28 Februari, sekaligus mempengaruhi pasaran tenaga global dan menimbulkan kebimbangan terhadap krisis ekonomi yang berpanjangan.

PERANG KURANGKAN PLASTIK SEDUNIA


PERANG BANTU

KURANGKAN

PLASTIK SEDUNIA

AMIN


Unknown commented on
 "IRAN BERI AMARAN
 KEPADA AMERIKA"

Bekalan plastik pembungkusan cukup untuk dua bulan. Berita ini melintas pagi ini. Betapa diriku bercampur rasa. Ada baiknya. Bijak pandai belia. Ini harinya. Cipta kaedah kitar. 

Putuskan rangkaian konsumer atau offgrid. Kawan rakan belia di siam dan seberang sudah mula membikin disel dari plastik hanyut bagi gunanya ladang.

TELUR BURUNG APA ?

 

BETUL KE 

TELUR BURUNG

INI ?

AMIN



Unknown commented on
 "TELUR BURUNG APA ?"

Telur burung murai batu.

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

AHAD 26  APRIL   2026

PERANG HARI KE 57

GENCATAN SENJATA BERJALAN


KAH KAH KAH – RUNDINGAN TAK JADI
KAH KAH KAH
IRAN TAK DATANG
KAH KAH KAH

Wakil Trump yang nak pergi ke Pakistan tak jadi naik kapal terbang – jauh sangat 16 jam – letih – harga mahal – lebih baik berunding  pakai talipon – INI TEMBERANG  TRUMP  menerangkan kenapa rundingan di Pakistan TAK JADI.

SEBENARNYA IRAN tak ambil pot – tak hantar sapa pun untuk berunding – kah  kah kah.

Justeru Zionis Israel terus menyerang Lebanon.

BERITA BAIK – harga minyak terus naik – BAIK UNTUK MENGHASUT – amin.

NEGERI SEMBILAN
Nogori den – Dewan Udangan di gantung – Ini macam DARURAT – Montori Bosa takut kono buang – Ramai YB nak terajang MB ini.

SALAH APO ? Mangkuk ini campur  HAL ADAT – padan muko – 

KRISIS DI NEGERI SEMBILAN akan berpanjangan –  INI KRISIS ADAT – yang mana identiti Melayu  yang berpaut pada adat sedang di duga oleh POLITIK MODEN. Amin

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Cengkerik bersimponi – bumi basah. Kemarin ujan lebat. Langit agak kelam. Matahari hari terlindung awan kelam. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Di bukit kiri dan di bukit kanan Terkukur berlagu. Di lorong  masuk gua perhatikan kosong -  Tertiba gua ternampak saekor burung besar terang – gua ingat helang tapi bila gua ambil gambar yang muncul burung BANGAU – 

Wow – ini  BANGAU SESAT  dalam Hokkien dalam perjalanan dari Australia nak pulang ke  Rusia.

Berjalan  ke Wakaf Tiga  Jantan Putih  mengekor Tak Tak – nampaknya mereka nak jadi kawan.  Gua terus berjalan pulang – ha ha di tepi lorong masuk Emak dan Geng datang lalu gua beri makan – Ramai datang makan.

Gumbira ialah melihat ramai  Warga Hokkien  makan.  

Berjalan pulang Jantan Putih ikut masuk hingga ke tempat letak kereta di Le Chateau – gua harap dia terus menetap jadi warga Le Chateau.

Jap lagi gua nak ke  Chow Kit – harap tak hujan macam Sabtu lalu – hujan lebat.  Matahari masih belum kelihatan. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM
SAMBUT PAGI AHAD