HARI HARI AKHIR
SAEKOR MB PKR
KAH KAH KAH
MB ANTI ADAT
RAKYAT ANTI MB
KHALAS
14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap Menteri Besar
SEREMBAN: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Sikamat, Aminuddin Harun hari ini.
Pengerusinya, Jalaluddin Alias, berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.
Katanya, makluman rasmi mengenai keputusan itu akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, MK Ibrahim Abd Rahman, hari ini.
"Saya bersama 14 ADUN yang mewakili UMNO/BN Negeri Sembilan sangat dukacita dan kecewa dengan krisis yang berlaku yang dilihat bakal menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dan secara tidak langsung memberi kesan mendalam kepada kestabilan kerajaan serta keharmonian rakyat.
"Justeru, kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan, dengan ini sebulat suara hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya yang juga ADUN Pertang pada sidang media, di sini pagi Ini.
Semua ADUN UMNO/BN hadir sidang media berkenaan kecuali ADUN Rantau yang juga Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.
Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, EXCO kerajaan negeri mewakili UMNO/BN tidak pernah dimaklumkan dalam sebarang perbincangan di peringkat kerajaan negeri, dan hanya mengetahui krisis adat itu apabila keadaan sudah berada pada tahap kritikal sehingga menjadi perdebatan umum.
"YAB Menteri Besar sewajarnya memainkan peranan dan menggunakan kebijaksanaan beliau sebagai Menteri Besar dalam krisis ini," katanya yang juga EXCO Kanan kerajaan negeri.
Tambah beliau, UMNO/BN negeri mendokong penuh dan mempertahankan institusi adat dan perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.
"Kita mahukan kerajaan yang stabil supaya dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam pentadbiran negeri, sekali gus dapat fokus kepada objektif mensejahterakan rakyat dan ekonomi negeri," katanya.
Sebagai rekod, Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos 2023, UMNO/BN membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) dengan keseluruhan 31 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) menang lima kerusi.
Daripada jumlah kerusi bagi membentuk kerajaan negeri, PH menguasai 17 kerusi, manakala UMNO/BN dengan 14 kerusi.







