AMERIKA
Bekas Pengarah FBI Amerika James Comey di dakwa di Mahkamah atas tuduhan MENGANCAM Teram MELALUI POSTING DALAM X.
Raja Charles dan Isteri datang melawat Teram di Washington – Ini percubaan UK nak bodek Teram kerana hubungan Teram dengan UK makian renggang.
IRAN DAN RUSIA
Dua negara ini makin rapat. Menteri Luar Iran Abbas Araqchi datang melawat Moscow. Sosok yang datang menyambut dan berunding ialah Presiden Putin sendiri.
Setia kawan dua negara ini makin di lihat jelas. Drone dari Iran pergi ke Rusia. Manakala Rusia beri gambar satelit kedudukan askar Amerika di Timur Tengah.
NEGERI SEMBILAN
Politik makin rancak – membawa krisis ini ke tahap NASIONAL - ini baik sekali.
BIAR MATI MADANI ASALKAN JANGAN MATI ADAT – ini jadi pegangan warga Negeri Sembilan. Amin
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Langit berawan putih. Matahari dah bersinar. KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin hujan senja hingga ke malam.
Dari lorong masuk gua nampak Jantan Baik menyambut gua – yang lain ikut di belakang. Pagi ini mereka dapat nasi dan Friskies.
Gumbira ialah melihat Warga Hokkien makan.
Gua berjalan ke Wakaf Tiga Jantan Putih mengekor. Kali ini Jantan Putih makin mesra dengan Tak Tak – gigit menggigit - hingga menjerit.
Gua terdengar suara Keng Keng melintas – lama tak dengar suara ini.
Berjalan pulang di Wakaf Pertama – Siti dah menjalar menunggu. Adik Jantan juga ada bersama. Tiong Laki Bini dah menunggu di atas tembok makam. Yang lain tak muncul. Semua mendapat makan.
Hari ini akan panas. Tengah hari ini gua ada jemputan GISB di Setia Alam - gua akan hadir – nak sembang dan nak tanya apa terjadi dengan perniagaan mereka. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI RABU
BRO
Ilmu ialah jalan menuju perubahan.
BRO
Jika lu berilmu lu bankrap pun tak mengapa – lu pasti boleh bangun kembali.
BRO
Jika lu tak tahu tak mengapa – ini bukan jenayah – Tapi jika lu tak tahu jangan klim lu tahu – ini jenayah. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA