Jumaat, 9 Ogos 2019

UTUSAN PADAN MUKA









UTUSAN

ADA SEJARAH

PERJUANGAN

NASIONALISMA

MELAYU

TAPI 

BILA DIAMBIL

OLEH PARTI

KETUANAN MELAYU

AKHBAR INI

JADI LIDAH BARUA

INGGERIS



PADAN 

MUKA


Lewat bayar gaji lagi, staf Utusan mahu lancar piket

KAKITANGAN Utusan Melayu (M) Bhd sekali lagi merancang untuk berpiket kerana syarikat akhbar itu masih tidak menunaikan janji untuk membayar gaji kepada 800 pekerjanya. 

Menurut sumber yang enggan dikenali, kakitangan Utusan dibawah Kesatuan Wartawan Kebangsaan – Utusan (NUJ-Utusan) masih tidak menerima sebarang bayaran gaji bagi bulan Julai.

Bagi kakitangan eksekutif pula, gaji mereka tertunggak selama dua bulan apabila hanya menerima RM2,000 untuk gaji Jun dan masih belum menerima apa-apa bayaran gaji untuk Julai.

“Kami merancang mengadakan piket pada 19 Ogos ini. Sebab utama ialah pelanggaran tatacara perjanjian bersama iaitu lewat membayar gaji.

Dijangka 250 orang akan mengikut piket ini di bawah NUJ-Utusan. Ini tidak termasuk kakitangan eksekutif yang tidak mendapat gaji selama dua bulan,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata, kakitangan kini bekerja tanpa motivasi kerana dibelunggu pelbagai masalah.

“Suami isteri yang bekerja sama di Utusan terpaksa bawa anak ke pejabat kerana tidak mampu membayar kos taska atau pengasuh. Ada staf menghadapi tunggakan hutang selama dua bulan,” katanya.

Piket berkenaan pada mulanya dirancang untuk diadakan pada tahun lepas tetapi tidak berlaku selepas berjaya dipujuk oleh pihak pengurusan.

Sumber berkata, mereka kini memberi masa kepada pihak pengurusan untuk mengemukakan jalan penyelesaian sebelum mengadakan piket tersebut.

“Tahun lepas rancang untuk piket tapi tak jadi selepas pengurusan jumpa kita dan bagi (jalan) penyelesaian. 

“Kami beri tempoh kepada Utusan sampai 19 Ogos. Kita sudahpun beri surat kepada pihak majikan untuk memaklumkan tujuan kami piket.

“Dalam tempoh itu, pihak pengurusan perlu selesaikan masalah yang kami hadapi,” katanya.

Menerusi beberapa notis yang dilihat The Malaysian Insight, Utusan memaklumkan terpaksa membayar gaji lewat daripada tarikh yang sepatutnya atas alasan masalah kewangan. 

Senario ini merupakan episod sama seperti ketika Utusan lewat membayar gaji berulang kali pada tahun lepas.

Pada Disember 2018, seramai lebih kurang 800 kakitangan menerima skim pemisahan sukarela (VSS) ketika syarikat itu berusaha mengurangkan kos operasi.

Namun, bekas-bekas kakitangan syarikat itu juga rasa seolah-olah ditipu apabila menerima bayaran ansuran VSS tidak mengikut jadual ditetapkan. 

Kumpulan Utusan kini berstatus PN17 di Bursa Saham Malaysia selepas gagal membayar hutang terkumpul hampir RM1.2 juta kepada dua bank.

Syarikat itu menerbitkan Utusan Malaysia dan juga Kosmo. – 9 Ogos, 2019.



KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO sudah terjumpa di longkang rm2 billion!! Tunggu apa lagi. PWTC pergi. Demonstrasi. Duit mari.