Jumaat, 15 Mei 2020

MUKRIZ DISOKONG RAKYAT





HOK INI

MU GI ROYAK

JO BEDUL

KAH KAH KAH


Depa nak ganti Mukhriz pasal politik, kata pengundi Kedah


GERAKAN menyingkirkan Muhkriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah tiada kena mengena dengan kepimpinannya menerajui negeri, kata pengundi, yang melihat perkembangan terkini minggu ini sebagai langkah politik semata-mata.

Pengundi di sekitar Kedah yang ditanya oleh The Malaysian Insight berkata arus perubahan politik di negeri itu minggu ini adalah kesan daripada perubahan politik di Putrajaya, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) diganti oleh Perikatan Nasional (PN) pada Mac lalu.

Pengundi, termasuk mereka yang menyokong PAS dan Umno, menganggap Mukhriz memainkan peranan yang baik sebagai menteri besar. 

Ahli perniagaan, Muhammad Farhan Ahmad, 33, berkata beliau menyambut baik bayang-bayang perubahan kerajaan di Kedah, yang akan diambil alih oleh Perikatan, sama seperti di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun berharap PN tidak mengamalkan sikap “politik dendam”, dengan tidak menyambung rancangan pembangunan negeri yang dimulakan oleh pentadbiran PH sejak dua tahun lalu.

“Politik dendam harus diketepikan demi kebaikan negeri. Dasar-dasar yang bagus patut dikekalkan sebab dalam keadaan kita berhadapan Covid-19, (politik dendam) sedikit sebanyak menimbulkan persepsi tidak elok pada rakyat.

“Mukhriz hilang kepercayaan daripada wakil rakyat bukan kerana kelemahan beliau. Sebagai Menteri Besar beliau tidak ada masalah. 

“Isunya ialah Mukhriz sedang menghadapi masalah dalaman PH. Rakyat semua tahu Bersatu juga berpecah belah,” katanya yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan Parlimen Pokok Sena. 

Angin perubahan dari Putrajaya

Seorang lagi pengundi Abu Bakar Habibullah, 28, turut berpendapat, kemarahan rakyat terhadap PH di peringkat nasional membawa angin perubahan ke Kedah.

Katanya, kerajaan PH campur Bersatu yang dibentuk di Kedah selepas pertukaran kerajaan di Putrajaya pada hujung Februari, tidak stabil.

“Kalau tak berlaku perubahan kerajaan negeri pun susah untuk melaksanakan agenda kerajaan negeri, dari awal nampak Mukhriz boleh hilang sokongan di Dewan Undangan Negeri.

“Kerajaan PH di Kedah menjalankan agenda pembangunan negeri dengan baik tetapi di pusat, ramai orang Melayu merasakan mereka tidak berfungsi dengan baik  sebab banyak isu-isu perkauman timbul,” jelasnya.

Pada Isnin, ketua pembangkang Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan Mukhriz sudah hilang majoriti sokongan di Dewan Undangan Negeri setelah dua wakil rakyat PKR keluar PH untuk menyokong PN, sementara empat wakil rakyat Bersatu tidak lagi menyokong timbalan presiden parti mereka.

Sanusi berkata, 19 daripada 23 Adun setuju untuk membentuk kerajaan bersama di Kedah menggantikan pentadbiran bersama PH dan Bersatu.

Sejak perubahan politik di Putrajaya, PH dan Bersatu kekal sebagai kerajaan bersama di Kedah dengan 19 kerusi daripada 36 kerusi di Dewan Undangan Negeri, walaupun tidak lagi bersama dalam gabungan politik nasional.

Beringatlah, sekarang wabak Covid 19

Dalam pada itu, seorang pengundi di Gurun, Zunnasrin Zaidi, 23, berkata walaupun beliau menyokong kerajaan PN tetapi perubahan kerajaan tidak wajar dibuat dengan percaturan politik ketika negara sedang berhadapan wabak Covid-19.

“Keadaan satu negara tidak menentu akibat pandemik Covid 19. Rata-rata rakyat Kedah bukannya orang senang.

“Saya risau rakyat bertambah jemu dengan politik kerana mereka boleh bertukar kerajaan dalam waktu yang genting ini. Patutnya selepas berakhir perintah pergerakan baru kita cakap soal lompat parti dan sebagainya,” jelasnya.

Pekerja swasta, Ramachandran, 48, dari Kuala Muda juga berpendapat, amalan melompat parti adalah tindakan yang tidak demokratik.

“Mandat rakyat dicabuli sesuka hati. 

“Sebagai rakyat negeri Kedah, saya lihat pelbagai kemajuan telah dibawa ke negeri. 

“Kita akan rasa satu kehilangan besar sekiranya PH tidak lagi mentadbir Kedah,” jelasnya.

Mukhriz bagaimanapun semalam menegaskan beliau masih menteri besar yang sah dan sebarang usaha untuk mempertikaikan sokongan terhadapnya perlu dibuat melalui undi tidak percaya di dewan undangan negeri.

Katanya, sokongan itu dan pembentukan kerajaan tidak boleh ditentukan melalui sidang media pemimpin dan parti politik semata-mata.

Bukan luar biasa

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sekiranya Mukhriz tersingkir dari kerusi menteri besar kali ini, ia akan jadi kali yang kedua buatnya.

“Sepak terajang dalam politik itu biasa. Ada masa di atas, ada kala di bawah. 

“Tidak bererti pemimpin itu lemah. Malah semua ahli politik alami naik turun ini termasuklah Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu), Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu), Najib Razak (bekas Perdana Menteri) dan yang lain-lain.

“Mukhriz adalah mangsa keadaan dan percaturan politik semasa yang kadang-kadang luar jangkaan kerana perebutan kuasa,” jelas beliau.

Mukhriz letak jawatan menteri besar Kedah pada Februari 2016, ketika itu di bawah pentadbiran Barisan Nasional, selepas hilang kepercayaan majoriti Adun Umno.

Langkah politik terhadap Mukhriz dibuat selepas beliau lantang mengkritik Najib berhubung skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Azizuddin melihat Mukhriz sukar menampilkan dirinya sebagai ahli politik yang berkaliber kerana dibayangi ayahnya, Dr. Mahathir.

“Mukhriz yang sebenar daripada segi kepimpinan mungkin masih belum muncul lagi,” jelasnya. – 14 Mei, 2020.


AWALWAHID

JO BEDUL

DAH SAILANG

NAK JADI 

MB KEDAH

INI SEJARAH

2 ulasan:

anon oi berkata...

Org politik nie mmg kimak mcm nie ke... Asal boleh je, semua politik... Kelaut semua prinsip dan nilai yg baik.. tt selain kutuk dia org nie, ape lg idea nak bg dia org nie jd manusia baik yea... Jgn bg cdgan suruh kami sokong pas yea...

cikminah berkata...

Perlu ke kita mengundi PRU15 nanti.... ????
Tidakkah, itu membuang masa...?
Bagi nak rak kita mengundi, konon mahu perubahan. Tak mahu makan tahi. Tapi akhirnya, calon yg kita undi lompat masuk tong tahi juga. Bermandikan tahi, sambil mengisi temboloknya dgn tahi.
Inikah yg kita mahu, terus menerus makan tahi.....??????