MENTERI KABINET
DIKETEPIKAN
KAH KAH KAH
INI NAMANYA
MENTERI
PERHIASAN
KAH KAH KAH
Menteri penting diketepikan dalam mesyuarat MKN, kata laporan
MENTERI yang bertanggungjawab ke atas Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma) tidak lagi jadi sebahagian ahli mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Covid-19, lapor Malaysiakini.
Portal berita itu memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof sebagai berkata, beliau tidak dijemput menghadiri mesyuarat MKN sejak Hari Raya Aidilfitri bulan lalu.
“Kini saya bukan anggota MKN. Dahulunya anggota MKN. Saya tak tahu apa yang berlaku. Kali terakhir saya bersama MKN adalah sebelum Hari Raya (Aidilfitri),” katanya.
Meluahkan kekecewaannya, Redzuan berkata beliau sepatutnya terlibat dalam mesyuarat tersebut, sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Nadma.
“Kalau tengok susunan gazet tu sendiri, ya, saya yang sepatutnya mengawasi (Nadma).
“Tapi itu terpulang kuasa PM (perdana menteri). Kalau nak menguruskan bencana ada cara-cara tertentu atas kebolehan seseorang.
“Tapi kalau PM tak nampak Nadma menguruskan becana, kenapa letakkan di bawah tugas-tugas khas,” kata ahli Parlimen Alor Gajah dari Bersatu itu.
Tambahnya beliau mungkin diketepikan dari mesyuarat memandangkan mereka yang berkuasa tidak mahu “terlalu ramai orang buat benda sama”, malah beliau turut dianggap baru dalam arena politik negara berbanding menteri lain.
Dalam temu ramah itu Redzuan turut mempersoalkan langkah kerajaan mengehadkan pilihan vaksin Covid-19.
“Di Malaysia kita ada akta semua barang-barang perubatan, nak masuk je kena kelulusan NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara). Kalau tak ada, kena rampas.
“Tapi apa pun, dalam darurat, jeneral perang sepatutnya menggunakan kuasanya untuk mengetepikan NPRA.
“Contoh, kalau dunia boleh menerima penggunaan vaksin menerusi EUL (Senarai Kegunaan Darurat) dari negara asalnya dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), kita harus menggunakannya untuk mendapatkan bekalan vaksin yang lebih beragam.
“Kita tak boleh hanya bergantung pada Covax dan NPRA untuk meluluskannya. Contoh, hari ini ada vaksin lain seperti Sputnik V dan Sinopharm,” tambahnya. – 9 Jun, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan