Ahad, 29 September 2024

ANWAR DIFITNAH DAN DIHINA LAGI




'Sudah dua kali' – Anwar berdepan gesaan saman Bloomberg selepas dituduh 'selamatkan' Farhash daripada siasatan rasuah


Gesaan semakin kedengaran agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg bagi membersihkan namanya susulan berita kewangan itu sekali lagi membuat tuduhan terhadapnya, kali ini melibatkan salah guna kuasa, dakwaan serupa yang pernah menyebabkan beliau dipenjarakan dua dekad yang lalu.

Pada Khamis, Bloomberg memetik tiga sumber melaporkan Anwar telah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang terlibat membangunkan sistem imigresen bernilai RM1 bilion.

Laporan itu turut mendakwa, Azam pernah memberitahu pegawai SPRM bahawa siasatan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, tiga anak lelakinya dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dimulakan atas arahan Anwar.

Sejak mengambil alih kuasa, Anwar telah dua kali melantik semula Azam untuk menerajui SPRM, walaupun sebelumnya menyerang beliau atas dakwaan memiliki berjuta-juta saham yang tersenarai.

Laporan terbaru Bloomberg dinafikan SPRM dan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Bagaimanapun, peguam Rafique Rashid membandingkan reaksi itu dengan penafian mengenai pendedahan mengejutkan Bloomberg lima bulan lalu bahawa Anwar bertemu dengan beberapa taikun untuk membincangkan cadangan membuka kasino di Forest City, Johor.

Susulan laporan itu, pihak berkuasa menyoal siasat beberapa wartawan Bloomberg. Anwar, bagaimanapun tidak mengambil tindakan mahkamah bagi membersihkan namanya.

Bercakap kepada MalaysiaNow, Rafique berkata Anwar seharusnya menyaman Bloomberg kerana memfitnah, sambil menambah kenyataan daripada PMO tidak cukup untuk meyakinkan orang ramai.

"Mudah setiap kali tindakan Bloomberg seperti ini, hanya ada kenyataan-kenyataan rasmi sahaja," katanya, sambil menambah tuduhan yang dilemparkan kali ini lebih serius.

"Tetapi kali ini... ianya sudah masuk ruang lingkup salah guna kuasa tahap tertinggi sebab melibatkan agensi penguatkuasaan dan juga PMO sendiri," kata Rafique.

Pada 1999, Anwar disabitkan dengan empat tuduhan salah guna kuasa, di mana beliau didakwa menyalahgunakan kedudukan sebagai timbalan perdana menteri untuk menutup siasatan polis mengenai dakwaan liwat dan salah laku seks terhadapnya.

Farhash – yang dilantik menjadi pengerusi 7-Eleven Malaysia, syarikat milik taikun Vincent Tan, hanya lima minggu selepas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri – menjadi tumpuan pada Mac lalu selepas dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk projek membangunkan sistem imigresen baharu yang menelan belanja RM1 bilion.

Pemimpin PKR berusia 41 tahun itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.

Menurut Farhash, Rosetta Partners merupakan anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.

Pembelian dalam HeiTech Padu dilakukan sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan wang tunai RM31.25 juta pada 11 Mac.

Pada hari sama, HeiTech Padu mengumumkan telah menerima lanjutan kontrak selama setahun untuk menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta.

HeiTech Padu ialah salah satu daripada tiga syarikat yang disenarai pendek oleh kerajaan untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bernilai RM1 bilion bagi menggantikan MyIMM.

Rafique mengingatkan bahawa ketika kontroversi itu, Anwar berjanji untuk memberikan penjelasan selepas menyemak dengan Perbendaharaan.

Beliau berkata Kabinet mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk menyoal Anwar berhubung perkara itu.

"Sudah masuk tujuh atau lapan bulan, masih tak ada jawapan.

"Mungkin anda sibuk tapi ini masanya yang paling sesuai untuk membuat kenyataan... kalau tidak rakyat akan percaya (tuduhan)," kata Rafique.

Pada April, Anwar menafikan laporan Bloomberg bahawa beliau bertemu dengan taikun Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting Berhad untuk membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.

"Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu.

Anwar berkata laporan itu satu pembohongan, tetapi tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut. 

Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".

Ia disusuli penafian daripada Berjaya dan Genting, kedua-duanya syarikat yang terlibat dalam industri perjudian tempatan

WOIT

PEMIMPIN MELAYU

DI FITNAH LAGI

KAH KAH KAH

BILA NAK SAMAN

BILA NAK 

BERTINDAK

KAH KAH KAH

TAK KAN NAK

TUNGGU BERJUBO

DENGAN LEMBU

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: