Selasa, 24 Februari 2026

AZAM BIN BAKI ADA FAIL APA?



PERSOALAN:

KENAPA ANWAR

BIN IBRAHIM

PERTAHANKAN

AZAM BIN BAKI ?

JENG JENG JENG

FAIL SIAPA ADA

PADA SIMPANAN

 AZAM BIN BAKI

AMIN

FAIL EPSTEIN?

FAIL FARHASH?

FAIL SUKMA ?

JENG JENG JENG

KHALAS

Kerajaan digesa tubuh RCI siasat Azam bin Baki, bukan Rafizi – Hasan
KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemilikan 17.7 juta saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam  bin Baki.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat perlu mengetuai badan itu dan bukannya Peguam Negara seperti mana berlaku dalam Jawatankuasa Siasatan Khas.

“Saya rasa kerajaan dengarlah tuntutan rakyat, termasuk ahli Parlimen, bentuklah RCI. Kalau boleh, lantiklah Ketua Hakim Negara yang sudah pencen, yang berintegriti seperti Tengku Maimun untuk mengetuai suruhanjaya ini.

“Siasatlah laporan-laporan Bloomberg ini berkenaan mafia korporat dan juga isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya.

“Walaupun sudah ada jawatankuasa khas ini, tetapi tidak memadai, (kerana) skopnya sangat kecil, jadi RCI diperlukan,” katanya semasa membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, Bloomberg mendedahkan Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd berdasarkan pemfailan korporat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Media antarabangsa itu juga melabelkan SPRM sebagai mafia korporat kerana didakwa bersekongkol dengan unit siasatan badan itu.

Hasan juga mempersoalkan tindakan SPRM didakwa tergesa-gesa menyiasat bekas Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli sedangkan isu pemilikan saham itu jelas dan berasas.

“Saya cadangkan ini (RCI) kepada kerajaan yang berkuasa sekarang. Kalau tak dengar cadangan ini, saya tak tahulah.

“Yang perlu disiasat dalam hal ini ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM. Sebab ada kes, ada bukti, ada dokumentari, bukannya Yang Berhormat Pandan,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan diingatkan tidak menjadikan SPRM sebagai alat demi kepentingan sendiri.

“Ini salah, ini intimidasi, ini ugutan. Tak boleh macam itu. Kalau sudah jumpa di rumah selamat Yang Berhormat Pandan, ada jongkong-jongkong emas, ada ribu-ribu ketul duit banyak-banyak, ada beg mahal, ada cincin permata loket, itu lainlah.

“Tak ada. Hanya satu dua laporan itu terus cepat bertindak. Jadi bukankah dia sahabat saya atau kawan saya? Tidak, tetapi biarlah keadilan ini betul-betul nampak, jangan SPRM dijadikan alat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
 



Tiada ulasan: