JABATAN AGAMA
ISLAM MASIH
TERPERANGKAP
DENGAN KERJA
YANG TAK
BERFAEDAH
KHALAS
Lelaki pakai baju tidur wanita ditangkap khalwat dengan janda
JOHOR BAHRU – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) terkejut apabila mendapati seorang lelaki memakai baju tidur wanita semasa ditangkap khalwat dalam sebuah rumah kedai di Skudai, di sini semalam.
JAINJ dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian tersebut berlaku dalam serbuan pada pukul 11 pagi, hasil pemeriksaan yang dijalankan berdasarkan aduan awam.
“Sebaik tiba di lokasi rumah kedai itu, penguat kuasa mendapati pintu jeriji di tingkat bawah berkunci, sebelum kuncinya berjaya dibuka dan penguat kuasa naik secara senyap-senyap ke tingkat atas.
“Kemudian penguat kuasa mengetuk beberapa bilik dan pada salah satu bilik, penguat kuasa mengetuk pintu hampir lima minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki yang memakai baju tidur wanita.
“Penguat kuasa pada mulanya menyangka dia adalah wanita tetapi rupanya lelaki berdasarkan suara, rambut dan nama. Keadaan bilik gelap walaupun hari siang,” maklum kenyataan tersebut.
Jelas JAINJ, selepas lampu bilik dibuka, pemeriksaan mendapati terdapat seorang wanita sedang berdiri di belakang pintu bilik juga dengan pakaian baju tidur.
Menurut jabatan berkenaan, hasil soal siasat pihaknya mendapati pasangan berkenaan mengaku bukan suami isteri.
JAINJ memaklumkan, pasangan itu masing-masing berusia 20-an dan bekerja di daerah ini, namun lelaki itu masih bujang dan wanita berstatus janda bercerai.
Apabila ditanya apa yang mereka berdua lakukan dalam bilik, pasangan berkenaan memberitahu tidak membuat apa-apa kerana sedang berpuasa.
“Apabila ditanya kenapa lelaki itu memakai baju wanita, dia kata hanya pinjam baju wanita itu kerana lebih selesa.
“Pemeriksaan dalam almari mendapati banyak pakaian lelaki dan wanita bercampur sebelum mereka mengaku sudah lebih sebulan duduk bersama menyewa bilik berkenaan.
“Apabila ditanya kenapa sewa bilik bersama dengan harga RM450 sebulan itu, katanya untuk menjimatkan duit sewa kerana lelaki itu baharu berhenti kerja dan dalam proses mencari kerja baharu, ” katanya.
Pasangan itu kemudian ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.-


Tiada ulasan:
Catat Ulasan