Selasa, 24 Februari 2026

AMERIKA TAK BERANI SERANG IRAN


INI TAKTIK AMERIKA

GERTAK  IRAN

AMIN

NAK SERANG IRAN

 TAK BERANI

KAH KAH KAH

HANYA BERANI 

BOM CARIBBEAN

AMIN

INI MACAM

BERTUMBUK DGN

ORANG BUTA

AMIN


AS serang bot di Caribbean, 3 maut


WASHINGTON: Tiga maut dalam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah bot yang didakwa terbabit dalam penyeludupan dadah di Laut Caribbean, semalam, menurut tentera AS.

AS mula menyasarkan bot yang disyaki menyeludup dadah pada awal September lalu dan serangan terbaharu itu menjadikan jumlah kematian akibat tindakan berkenaan sekurang-kurangnya 150 orang.

Pentadbiran Selatan AS, yang bertanggungjawab terhadap pasukan Washington di rantau itu, berkata bot berkenaan bergerak di sepanjang laluan penyeludupan dadah yang diketahui di Caribbean dan terbabit dalam operasi penyeludupan dadah.

Hantaran Pentadbiran Selatan AS di platform X turut memaparkan video sebuah bot yang tidak bergerak dimusnahkan dalam satu letupan.

Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, menegaskan pihaknya sedang membanteras kumpulan digelarnya sebagai 'pengganas narkotik' yang beroperasi di Amerika Latin.

Bagaimanapun, ia tidak mengemukakan bukti kukuh bahawa kapal yang disasarkan terbabit dalam penyeludupan dadah, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat mengenai kesahihan operasi berkenaan.

Pakar undang-undang antarabangsa dan kumpulan hak asasi berkata serangan itu berkemungkinan adalah pembunuhan di luar proses kehakiman kerana ia didakwa menyasarkan orang awam yang tidak menimbulkan ancaman segera kepada AS.

Washington sudah mengerahkan kekuatan tentera laut yang besar di Caribbean, di mana pasukannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini menyerang bot yang didakwa menyeludup dadah.

Mereka turut merampas kapal tangki minyak dan melancarkan serbuan mengejut di ibu negara Venezuela untuk menangkap pemimpin berhaluan kiri, Nicolas Maduro. - AFP




Tiada ulasan: