Selasa, 24 Februari 2026

DAP MENGANCAM HUMBANKAN ANWAR BIN IBRAHIM


HUMBAN

AZAM BIN BAKI

AMIN

JIKA TIDAK

RAKYAT HUMBAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS


'He go or we go' - Ahli Parlimen Kota Melaka gesa Azam Baki letak jawatan


KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam bin Baki, susulan laporan berkait pemilikan sahamnya seperti dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkata, kegagalan kerajaan bertindak tegas dikhuatiri akan mengakibatkan rakyat serta pengundi hilang keyakinan kepada kerajaan hari ini.

Beliau berkata, ini kedua isu pemilikan saham dikaitkan Azam dibongkarkan, lantas meminta kerajaan mengambil tindakan tegas.

"Azam Baki perlu letak jawatan. He have to go or we have to go (Dia kena pergi atau kita yang perlu pergi). He go or we go (Dia pergi atau kita yang pergi).

"Itu pesanan saya. Sekiranya kita membenarkan beliau terus memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, rakyat akan datang, (ketika) mengundi akan hukum kita.

"Saya harap masa bahas saya tamat tapi jangan tempoh kita jadi kerajaan tamat selepas pilihan raya akan datang," katanya berucap membahasakan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul menolak usul untuk membahaskan isu pegangan saham yang membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, dengan alasan perkara itu tidak boleh dibahaskan kerana sebuah jawatankuasa khas sudah ditubuhkan untuk menyiasat isu berkenaan.

Surat yang mengandungi cadangan usul itu dikemukakan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) ke pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, dengan berhujah bahawa perkara itu adalah mendesak dan wajar dibincangkan segera di Dewan

Sebelum ini, lapan Ahli Parlimen PKR turut mendesak Anwar bin  Ibrahim supaya menggantung tugas Azam dan menyegerakan siasatan bebas serta telus ke atas beliau berkait dakwaan pemilikan saham.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mewakili kumpulan wakil rakyat itu menegaskan, tidak berbaloi kepada Pakatan Harapan (PH) dan Anwar dihukum oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atas tuduhan-tuduhan yang membabitkan seorang penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar, kelmarin memaklumkan Azam sudah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan isu pemilikan saham kepada Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan kerajaan.

Katanya, berdasarkan laporan awal diterima, jawatankuasa itu sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan pemilikan saham berkenaan oleh Azam.
i.




EATER

Tiada ulasan: