Isnin, 13 April 2026

PROJEK TANGGUH PILIHAN RAYA UNTUK TERUS BERKUASA


TANGGUH

PILIHAN RAYA

 PROJEK NAK

BOLOT KUASA

AMIN

KRISIS GLOBAL

BERTERUSAN 

MALAH MAKIN 

PANAS

EKONOMI DUNIA

MAKIN KACAU

AMIN

APAKAH AKAN

UMUM DARURAT

MACAM MUHYIDIN

CIRIT BIRIT KERANA

NAK TERUS

 BERKUASA?

JENG JENG JENG

KHALAS



AMK Johor juga setuju tangguh PRN, bimbang mandat 'tempang'

Pemuda PKR (AMK) Johor menyarankan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global yang melanda ketika ini.

Ketua AMK Johor Faezuddin Puad berkata tiada keperluan mendesak untuk menyegerakan pilihan raya tersebut, selaras dengan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan hari ini.

Faezuddin berpendapat keutamaan harus diberikan kepada kebajikan rakyat yang sedang bergelut dengan pelbagai cabaran sara hidup.

"Rakyat ketika ini sedang bergelut dengan pelbagai cabaran termasuk ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga.

ADS

"Tatkala dunia masih bergelut dengan situasi ini, kita seharusnya peka, prihatin dan sensitif terhadap keadaan semasa yang sedang ditanggung rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya dilaporkan berkata bahawa dia akan membawa usul penangguhan PRN Johor dan PRN Melaka ke mesyuarat MKT Jumaat ini di Melaka susulan krisis di Asia Barat.

Memetik laporan Berita Harian, Ahmad berpandangan tidak logik untuk melaksanakan pilihan raya dalam keadaan geopolitik tidak menentu dan kesusahan rakyat yang sedang dialami.

"Tak perlu mesyuarat besar pun untuk menyatakan itu dari segi logik politik. Apabila geopolitik payah, masalah harga barang begitu begini, tak akan kita nak buat pilihan raya ketika masalah ini berlaku.

ADS

"Jadi, saya ingin mengesyorkan apabila masalah selesai, baru kita boleh pilihan raya dengan tenang. Selagi keadaan tidak tenang, maka PRN Melaka dan Johor perlu difikirkan satu tarikh yang paling strategik," katanya.

Dalam pada itu, Faezuddin menyuarakan kebimbangan bahawa kos sara hidup dan pergerakan yang tinggi mungkin menyebabkan ramai pengundi memilih untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

Dia merujuk kepada PRN Johor 2022 yang hanya merekodkan 54.92 peratus keluar mengundi kerana diadakan ketika negara berdepan gelombang Covid-19.

"Situasi ini berisiko melahirkan mandat yang tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor.

"Kebimbangan ini berasas kerana PRN Johor 2022 yang diadakan ketika negara berdepan dengan gelombang Covid-19 hanya merekodkan 54.92 peratus sahaja rakyat yang keluar mengundi

"Justeru, AMK Johor menegaskan bahawa buat masa sekarang, kepentingan rakyat perlu didahulukan berbanding percaturan politik semata-mata," katanya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wont work nigger..u are also.tired with your islamic views. Khalas. Which you dont even understand
Kikikii