INI AUTA BARU
DARI TERAM
KAH KAH KAH
BILA NAK BERI
ANCAMAN BOM
KAH KAH KAH
IRAN DAH LAMA
TUNGGU
KAH KAH KAH
MENDARAT LAH
TUNJUK POWER!!!
KAH KAH KAH
TOK IS CHIP
CAKAP TAK GUNA
KHALAS
Trump pertimbang lancar serangan baharu ke atas Iran selepas rundingan damai gagal
HAMILTON: Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan serangan ketenteraan baharu terhadap Iran selepas rundingan damai di Pakistan gagal akibat keengganan Tehran untuk meninggalkan program nuklearnya, lapor Anadolu Ajansi, memetik The Wall Street Journal pada Ahad.
Naib Presiden, JD Vance dan delegasinya mengetuai rundingan di Islamabad, namun perbincangan berakhir tanpa mencapai sebarang persetujuan.
Menurut laporan itu, yang memetik pegawai dan individu yang mengetahui keadaan berkenaan, Trump bersama para penasihatnya sedang mempertimbangkan untuk melancarkan semula serangan ketenteraan terhad terhadap Iran di samping sekatan AS di Selat Hormuz sebagai langkah memecahkan kebuntuan rundingan damai.
Berucap dari pusat peranginannya di Florida, Trump memberitahu Fox News bahawa loji janakuasa dan kemudahan air Iran boleh menjadi sasaran jika ketegangan terus memuncak.
"Saya keberatan untuk berbuat demikian," katanya, sambil menegaskan bahawa semua pilihan masih terbuka.
Laporan itu turut menyatakan bahawa Washington sedang meneruskan rancangan sekatan di Selat Hormuz, laluan perairan sempit yang dilalui kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia setiap hari.
Sebahagian penasihat percaya sekatan itu boleh memaksa Tehran kembali ke meja rundingan, dengan merujuk kepada strategi serupa yang pernah digunakan terhadap Venezuela.
Namun, pendekatan itu membawa risiko. Kapal tentera laut AS yang beroperasi berhampiran pesisir Iran boleh berdepan serangan dron dan peluru berpandu tanpa sebarang amaran.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan