Isnin, 13 April 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SENIN 13 APRIL   2026

RAYA HARI KE 23

PERANG HARI KE 45

GENCATAN SENJATA GAGAL


GAGAL GAGAL GAGAL
Rundingan gencatan senjata Iran- Amerika di Islamabad  PAKISTAN TELAH GAGAL. Semua delegasi dah pulang ke negara  masing-masing.

Ini berita baik  - perang akan bermula. Minyak akan naik harga.

Gunakan keadaan ini untuk menghasut orang ramai keluar ke jalan raya.

TRUMP sedang membantu  rakyat dunia untuk bangun memberontak melawan sistem ekonomi kapitalis.

KACAU BILAU dalam dunia akan memberi peluang untuk anak semua bangsa dari semua negara untuk bangun melawan dan mendirikan  SATU DUNIA BARU .

DUNIA BARU yang lebih adil. Bukan dunia KAPITALIS di bawah telunjuk Amerika.

REPUBLIK ISLAM IRAN – kini menjadi contoh untuk kita ikut. 

Ikut  CARA IRAN – bangun dan lawan – jika tak melawan akan terus jadi hamba dan di tindas. Amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah. Kemarin ujan. Matahari dah keluar.  Cahaya bersinar indah. Pipi terasa panas. KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit biru berawan  putih.

Ha ha .. Siti dan keluarga pagi ini datang makan. Tapi tak semua datang.  Sang Emak entah hilang di mana.  Jantan Itam ada bersama. Gua gumbira melihat Siti dan keluarga datang makan.

Kereta masuk Hokkien  dah kurang. Tapi masih ada keluarga datang sembahyang tapi tak ramai.

Gua sempat bersembang dengan SATU KELUARGA dari  SETAPAK. Awalnya mereka sembahyang dekat Wakaf 3 tempat  gua bersenam. Mereka bakar mercun. Bila gua pulang terjumpa mereka sembahyang  sekali lagi di kubur yang lain. Dua dua makam di tepi jalan.

Bila gua tanya Sang Cucu Perempuan menjawab... “ Tadi Makam Datuk – yang ini Makam  Moyang.

Matahari dah bersinar. Hari ini akan panas. Jika petang hujan malam sejuk santai.  Hujan awal gua selesa ke Hokkien waktu petang. Amin.

BRO
SENYUM
SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUMAN

BRO
Tak bersuara lebih baik dari bercakap tak tentu arah.

BRO
Kebodohan sejati ialah bila merasa  tahu segala-galanya

BRO
Tidak semua yang pandai berani membuat – tak semua yang  suka kompelin berani berdemo. Yang turun berdemo pastilah yang berani dan bijak. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: