TERAM BERI
PELURU
AMIN
BERITA BAIK
UNTUK MENGHASUT
AMIN
RANCANG
SUSUN HASUT
AMIN
TURUN TURUN
BERDEMO SABTU
25 APRIL 2025
KHALAS
Harga minyak dunia melonjak 8 peratus selepas AS umum sekatan pelabuhan Iran
HAMILTON (Kanada): Harga minyak global meningkat mendadak dalam dagangan awal selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia akan menyekat pelabuhan Iran bermula hari ini, memberi tamparan hebat kepada harapan kestabilan dalam pasaran tenaga global.
Langkah ini menandakan peningkatan besar dalam konflik yang bermula apabila AS dan Israel melancarkan operasi ketenteraan terhadap Iran pada 28 Februari.
Minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa, meningkat 7 peratus kepada AS$102.29 setong, manakala minyak mentah penanda aras AS West Texas Intermediate (WTI) meningkat 8 peratus kepada $104.24 setong.
Harga minyak telah berubah secara mendadak sejak konflik bermula.
Minyak mentah Brent diniagakan sekitar AS$70 setong sebelum perang bermula, kemudian melonjak melepasi AS$119 pada kemuncaknya.
Pasaran menunjukkan optimisme yang berhati-hati pada hari Jumaat apabila Brent jatuh 0.8 peratus kepada AS$95.20 setong menjelang rundingan damai antara AS dan Iran di Islamabad, Pakistan.
Bagaimanapun, pengumuman sekatan itu dengan cepat memadamkan keuntungan tersebut dan sekali lagi mendorong harga lebih tinggi.
Pada Sabtu, Iran dan AS memulakan rundingan di Islamabad selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan persetujuan dengan Tehran mengenai gencatan senjata selama dua minggu.
Pada pagi Ahad, ketua delegasi AS, Naib Presiden JD Vance mengumumkan bahawa Iran dan AS gagal mencapai persetujuan selepas rundingan, justeru delegasi AS pulang tanpa sebarang perjanjian.
Pada hari sama, Trump mengumumkan bahawa AS akan memulakan sekatan ke atas semua kapal yang cuba masuk dan keluar dari Selat Hormuz.
Beliau juga mengarahkan Tentera Laut AS menjejaki dan memintas semua kapal yang membayar kepada Iran untuk melalui selat itu.
"Markas Pusat AS berikrar untuk memulakan sekatan terhadap "semua trafik maritim yang masuk dan keluar dari pelabuhan Iran" pada 14:00 GMT, 13 April, demikian menurut Trump.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan