Isnin, 13 April 2026

TRUMP IKUT SKRIP


SYABAS TRUMP

BERJAYA IKUT

SKRIP  IRAN

AMIN

BILA  TRUMP 

BOM LOJI 

PENAPISAN

 AIR IRAN

MAKA

 SEMUA LOJI

PENAPIRAN AIR

 DI NEGARA TELOK

AKAN MELEDAK

KHALAS

Trump sedia gempur Iran: Loji kuasa dan fasiliti air jadi sasaran utama

Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan serangan ketenteraan baharu terhadap Iran selepas rundingan damai di Pakistan gagal akibat keengganan Tehran untuk meninggalkan program nuklearnya, lapor Anadolu Ajansi, memetik The Wall Street Journal pada Ahad.

Naib Presiden JD Vance dan delegasinya mengetuai rundingan di Islamabad, namun perbincangan berakhir tanpa mencapai sebarang persetujuan.

Menurut laporan itu, yang memetik pegawai dan individu yang mengetahui keadaan berkenaan, Trump bersama para penasihatnya sedang mempertimbangkan untuk melancarkan semula serangan ketenteraan terhad terhadap Iran di samping sekatan AS di Selat Hormuz sebagai langkah memecahkan kebuntuan rundingan damai.

Berucap dari pusat peranginannya di Florida, Trump memberitahu Fox News bahawa loji janakuasa dan kemudahan air Iran boleh menjadi sasaran jika ketegangan terus memuncak.

“Saya keberatan untuk berbuat demikian,” katanya, sambil menegaskan bahawa semua pilihan masih terbuka.

Laporan itu turut menyatakan bahawa Washington sedang meneruskan rancangan sekatan di Selat Hormuz, laluan perairan sempit yang dilalui kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia setiap hari.

Sebahagian penasihat percaya sekatan itu boleh memaksa Tehran kembali ke meja rundingan, dengan merujuk kepada strategi serupa yang pernah digunakan terhadap Venezuela.

Namun, pendekatan itu membawa risiko. Kapal tentera laut AS yang beroperasi berhampiran pesisir Iran boleh berdepan serangan dron dan peluru berpandu tanpa sebarang amaran.




Tiada ulasan: