PERANG
AKAN TERUS
BERJALAN
AMIN
EKONOMI DUNIA
MAKIN KACAU
AMIN
SEMUA INI
RANCANGAN
ZIONIS YAHUDI
KHALAS
Harga minyak naik mendadak susulan ketegangan terbaru di Selat Hormuz
NEW YORK: Harga minyak melonjak selepas satu serangan dron mencetuskan kebakaran di sebuah loji tenaga Emiriah Arab Bersatu (UAE), sekali gus mengancam gencatan senjata rapuh antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, ketika kapal perang AS memasuki Selat Hormuz yang strategik.
Harga minyak meningkat dengan penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent bagi penghantaran Julai melonjak lebih lima peratus susulan serangan dron di Fujairah, UAE.
Niaga hadapan Brent naik AS$5.75, atau 5.3 peratus kepada AS$113.92 setong pada jam 12:03 tengah hari EDT (1603 GMT), manakala minyak mentah penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), meningkat AS$3.54, atau 3.5 peratus kepada AS$105.48 setong.
Kementerian Pertahanan UAE kemudian memaklumkan serangan dron dan peluru berpandu Iran menyasarkan fasiliti loji negaranya.
Sebelum itu, Tentera Laut AS memaklumkan kapal pemusnahnya melalui Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada misi baharu melindungi perkapalan yang diumumkan Presiden AS, Donald Trump pada hujung minggu lalu.
Pasukan Tehran bertindak menutup selat yang menjadi laluan utama bagi penghantaran minyak dan gas sebagai tindak balas terhadap serangan ketenteraan AS-Israel yang bermula pada 28 Februari, manakala Washington terus mengekalkan sekatan ke atas pelabuhan Iran.
Indeks saham utama AS mencatat kenaikan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan kedua-dua S&P 500 dan Nasdaq ditutup pada paras rekod Jumaat lalu, dalam lonjakan yang mengejutkan sebahagian pemerhati pasaran meskipun harga minyak meningkat.
Namun, pasaran saham semalam menyaksikan pelabur mengambil langkah berhati-hati.
Ketegangan yang meningkat di Asia Barat menjadi alasan yang sangat baik untuk mengambil sedikit keuntungan, kata penganalisis Briefing.com, Patrick O'Hare, yang menyifatkan pergerakan pasaran semalam sebagai mengurangkan risiko pelaburan.
"Walaupun situasi di Asia Barat kekal membimbangkan, buat masa ini pasaran tidak menggusarkan mengenai kemungkinan senario terburuk dalam konflik Iran," katanya. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan