Sabtu, 23 Januari 2010

SATU LAGI PERCUBAAN UNTUK MENIPU MELAYU



MAAF - INI BUKAN GAMBAR MESYUARAT IKIM - INI GAMBAR HARI BERTUNANG




GOD BUKAN ALLAH - IKIM - malayau

Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia.

''Hasil keputusan Muzakarah Pakar ini akan diserahkan secepat mungkin kepada kerajaan untuk tindakan lanjut,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri muzakarah tersebut di IKIM di sini hari ini.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Nik Mustapha Nik Hassan itu disertai oleh tujuh ahli panel iaitu Prof. Madya Dr. Kamar Ainiah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, DDr. Abdullah Md. Zin,

Panel lain ialah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang; Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad.

KAH KAH KAH…

woit… INI KENYAATAN RESMI IKIM… kah kah kah..

sila baca bawah ini apa yang sebenarnya berlaku:

USTAZ HADI NAFI LAPORAN GOD BUKAN ALLAH – harakah daily

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.

Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Allah untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat.

Selain Ustaz Abdul Hadi, muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Abdullah Md. Zain.

KAH KAH KAH…

sila baca lagi bawah ini :

SELAIAN HADI, PKR DAN ASRI NAFI LAPORAN GOD BUKAN ALLAH – malaysian insider

Tiga daripada tujuh peserta muzakarah pakar termasuk dua ahli politik pembangkang dan bekas mufti Perlis menegaskan pertemuan semalam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi sebagaimana dilaporkan media tertentu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, ketiga-tiga mereka — Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata “apa yang tidak dinyatakan dalam laporan berkenaan (semalam) ialah pendirian konsisten kami” menyentuh tiga perkara.

Salah satu pendirian itu ialah penggunaan kalimah “Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam dengan bersumberkan dalil al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

“Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Pendirian ketiga ialah berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.

KAH KAH KAH…

woit… IKIM INI PUN KAKI KELENTONG???… kah kah kah..

woit... APA SUDAH JADI ?... kah kah kah

woit… ADA TIGA PEKARA DISINI BERLAKU… kah kah kah…

kah kah kah… SATU: MELAYAU NAK TIPU MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… KEDUA: IKIM NAK TIPU MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… KETIGA : MAT NGANTUK TIDOOO DALAM MESYUARAT… kah kah kah…

kah kah kah… TAK TAHU APA BERLAKU… BANGUN DARI TIDOO … TERUS MERABAN BERCAKAP… kah kah kah..

nota:
mana satu yang betul
menipu melayu
menipu tidoo
atau tidoo kena tipu kah kah kah




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I have referred the Malaysians "Allah' business to my Muslim Arab's friends. They all unanimously exclaimed 'oh my God, what a bunch of BS is that. Allah means God in Arabic. Christians in middleast have been using it for ages. '

Tanpa Nama berkata...

Apa dah tak habis lagi isu ;Allah' yang sebenarnya adalah sebuah bukan isu. Rujuk sejarah atau ilmu antropologi bila istilah Allah itu muncul alam konteks apa, bila an siapa menggunanya dulu, adakah ia dipaten? Yang menggelikan hati Tuhan/Dewa/Allah/ Sang Khalid/God/ Jesus yang maha berkuasa tak juga turun bala terhadap mereka yang mempersendakan namanya. Istilah Allah dah tak punyai apa-apa kuasa daulat atau magis. You boleh sumpah guna Allah untuk menipu atau cakap betul, Tuhan sebenarnya tak ambil potpun!
Apa pasal nak bicara lagi istilah ini? Kasi pening saja pada orang yang siuman, rasional dan berpengetahuan.
Yang resah pakai Allah adalah mereka yang rasa kehilangan kuasa atau menguntungkan merka yang diupah merosakkan semua rumah ibadah.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

ada lagi

Tanpa Nama berkata...

bosan..bosan..bosan..bosan..bosan..ashik ashik crita melayu tipu melayu..
ashik ashik percubaan melayu tipu melayu..
tak dak crita lain?
baik kau studi crita ada org dalam perut bumi..ee ee ee ee

Tanpa Nama berkata...

tidoo
tipoo

tidoo
tipoo

tidoo
tipoo

tiroo
tiroo alee bapoo

Tanpa Nama berkata...

salam.allooo ano 12.52. Dr sirah mmg nama Allah diguna sejak azali oleh nabi adam hingga Nabi muhammad.Ttp dari sgi makna lafaz Allah tidak sesuai diguna oleh kristian kerana antara maknanya ialah 'Keesaan' yg bertentangan dgn agama kristian berkonsep triniti.So utk apa?2.Dari segi paten,kahkahkah awat ngok sangat ko ni.Nama 'Jesus' tak paten pun tp org Islam tahu itu nama yg mulia utk org kristian.3.Awat nak bala sangat ker atau dah kena bala baru nak bertindak...zaman react zaman dolu2 beb,zaman sekarang kena proactif klu nak maju. Reaktif dok kat belakang diam2 la.
4.Gua faham puak sebelah sana...kalau kena pijak kaki kita diam,depa pijak perut pulak,kalau diam gak nanti kepala pulak depa nak pijak. So,semasa kena pijak kaki ni, kena warning sikit pasal kalau dah pijak kepala besok susah nak kontrol kemarahan.
5.Org tua dah pesan'sarang tebuan jangan dijolok" yang depa nak jolok gak apahal...bukan depa dapat madu pun. Gua punya madah sikit "buat baik pada orang lain sebagaimana anda harap orang lain buat baik pada anda,namun jangn harapkan kebaikan jika anda sendiri keberatan memberinya"-osama