Sabtu, 23 Januari 2010
TERKINI !!! DARI RUMAH PASONG DANG WANGI
TERKINI - JAM 12.20 MALAM DARI RUMAH PASONG
Kesemua sembilan orang pelajar yang
tahan awal pagi tadi baru sahaja
dibebaskan.
TERKINI JAM 4.57 PETANG
Dua orang lagi peguam baru sampai
ke rumah pasong untuk membantu pelajar
yang ditahan.
Peguam ini ialah : Lateefah Koya dan Tegar
TERKINI DARI RUMAH PASONG
jam 4.55 petang
Di beritakan pihak mata mata hanya
akan membebaskan sembilan orang pelajar
jika ibu bapa merekan datang menjamin.
LAPORAN TERKINI DARI RUMAH PASONG
jam 4.07 petang
Pihak mata-mata telah tidak membenarkan
peguam untuk bertemu dengan sembilan
mahasiswa yang telah di tahan.
BERANI MELAWAN BERANI MENANG !
PELAJAR BANGUN BERJUANG
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
NAMA PELAJAR YANG DI TAHAN DI HADAPAN SOGO
Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.
Yang ditangkap terdiri daripada pelajar dari beberapa universiti di Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.
Dua peguam yang cun lagi cool – Puspa dan Murni – sedang membantu pelajar yang ditahan.
Lebih dari 40 pelajar- pelajar masih lagi berkumpul di hadapan rumah pasong untuk menyatakan semangat setiakawan terhadap mereka yang di tahan.
Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
20 ulasan:
MEREKALAH PEMUDA HARAPAN BANGSA
PEMUDI TIANG NEGARA
ya...setuju..peguam cun...berani melawan....
baru minggu lepas gua pow rokok budak-budak ni.Hilman makan nasi lauk ayam sambil aku makan mi goreng.
solidariti untuk hilman dan rakan-rakan.
Kebenaran yang wujud kepada seseorang kemungkinan Salah dalam presepsi yang lain. Ini lumrah. Kepada Mahasiwa yang ingin demo perlulah berjuang dengan konsisten melalui kebenaran dan keadilan dalam sistem demokrasi. Demo seperti ini dipanggil "Civil Disobedience". Semasa demo perlu ingat:
1. menghargai undang-undang negara dan mematuhui dengan secara sukarela undang-undang ditentukan oleh pihak Majoriti.
2.Bertoleransi dengan undang-undang; walau pun ia tidak adil dan tidak selesa untuk kumpulan anda.
3. Perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi kesukaran, kehilangan harga diri dan harta. Kemungkinan ahli keluarganya juga kena tempias dari tindakan anda.
4. Perjuangan ini adalah perjuangan "Non_violent". Jangan tunjukkan kemarahan apabila anda ditangkap. Relakan penangkapan anda. Jangan undur dari tindakan ganas pihak musuh dan denda yang bakal dikenakan. Jangan mengaku kesalahan anda kerana takutkan denda atau keganasan mungkin dilakukan pihak musuh terhadap anda.
5. Relakan diri anda ditangkap, jangan sumpah-serana musuh dan jangan menghina pihak yang menangkap anda. Kita ingin lihat kemarahan yang dari musuh. Musuh akan lakukan kesilapan dengan keadaan marah. Dalam keadaan marah musuh inilah kita dapat simpati dari penggundi-pengundi dan rakyat jelata atau pun mahasiswa lain. Cara inilah dilakukan oleh "Freedom Fighters" terkenal dunia seperti Mahatma Ghandi India dan Dr. Martin Luther King JR.Semoga anda berjaya!.
woiiii!!! pi belajo ler....ahahahahahah!!!
woi!!!....nanti cgpa rendah susah dapat keje!!!!....ahahahahaha
woi!!!...aku tak nak kau org jadi macam tt....tak ada keje!!!ahahahahah
woi!!!....nanti pelabor larilah....hahahahahahah
woi!!!...peniaga tak bleh cari makan tauuuu!!!! hahahahahahah
woi!!!...gomen tgh tak cukup bajet ni....kau org ingat kau org masuk dalam makan ada tt sponsor ke? semua gomen kena suap tau!!!ahahahahahah
Tapi? kalo kau org tak demo...gomen buat pekak badak ajer....ahahahahahaha
Jadi? buat lah selalu....hahahahahah. tapi ikutlah peraturan.
kena balun kalu....tanggung sendiri lah....
semuga....kau org punya jasa akan dikenang....tak tau bila? tunggu kiamat mungkin.....hahahahhahhaha
kepada sesiapa yang menentang akta tak bertamadun "WE SALUTE YOU"
Melayu je ke? Bangsa lain puashati ke?
Lawan! Jangan tidak lawan!
Kalau tiada yang nagm harus bantah!
Janagn macam "kerbau cucuk hidung".
Mahasiswa harus mempunyai pendirian tersendiri untuk kebaikan Negara Malaysia yang tercinta!
Berani kerana Benar!
Allahuakhbar Allahuakhbar.
MREEKA INI BELUM BOLEH DINAMAKAN PEMUDA HARAPAN BANGSA DAN PEMUDI TIANG NEGARA MEMANDANGKAN MASIH LAGI MENYUSAHKAN MAK BAPAK.. BODOH.!!!!ITULAH YANG SELAYAKNYA. TAK TAHU MENGGUNAKAN SALURAN YANG BETUL.
2)bODOH KERANA TIDAK TAHU MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN DENGAN WARAS WALAUPUN BERGELAR MAHASISWA.
3) BODOH KERANA MERELAKAN DIRI DIPERGUNAKAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA.
Kewl!
pewaris bumi bertuah
mereka telah sedar
kita bila lagi
Hidop Mahasiswa...!!!
Jangan masa di U sahaja. Bila keluar merempat mintak kerja... Mengapa bila dah kerja macam lembu cucuk hidung... Itulah Pahlawan melayu yang tak ada konek....kih2
Nak wat demo pn kena tangkap,pekejadahnye negara kononnya mengamalkan prinsip demokrasi???
ala,dgn budak2 U bleh la suke2 ati je g tangkap...cuba tgkp mat monggol,ada brani??
kepada semua mahasiswa yg macho dan mahasiswi cun yg menentang AUKU...wa caya sama lu org.....keep it up...
_UMNO parti cap ayam......
Jiwa pemuda ini boleh dilokap
Tapi semangatnya tidak boleh dilokap
Semangatnya akan bertunas, berakar umbi, membesar lalu menjadi sepohon pokok yang tegap dan rendang.
Pemuda seperti inilah yang bakal memayungi keadilan untuk rakyat suatu hari nanti.
Masanya akan tiba tidak lama. Percayalah!!
Tuan TT;
Pemerintahan yang telah terlalu tua
Kekejaman akan mula merajalela
Di situlah kelemahan-kelemahan mula nampak nyata
Suatu waktu perjalanannya menjadi sumbang, lantas rebah.
Beb!Setiap perjuangan pasti ada risikonye."Jika takut risiko jgn bicara ttg perjuangan".Simpan teloq tu dlm2.Xpun bg je mat monggol simpan!!Nak ikut saluran betol??Pukimak lu la!!Klu x,xkn dorang ni sume turun bdemo!
Ha ha ha ha ha..
Guna Saluran yang betul..saluran apa Saluran talibeseng, Tu nak masuk talebesing la buat Demo..kalau tak jangan mimpi..Syabas Anak Muda, Berani Berubah...
Camana nak Mahasiswa Kuat dan Cekal kalau semua kebebasan dirogol oleh AUKU....
AUKU bukan hanya digunakkan oleh UMNO tetapi yang malangnya oleh Pentadbiran Universiti sehinggakan apa yang di minta oleh Mahasiswa/Mahasiswi boleh tongsampahkan oleh HEP...itulah AUKU yang sebenarnya..cuba lihat Medan Pidato..siapa yang mengongkong kalau bukan HEP..
Dan lihat apa Mak Bapak boleh buat kalau Wang Pinjaman Lewat..yang sepatutnya Diberi setiap awal SEMESTER..Dan malangnya Mahasiswa Melayu kurang cemerlang kerana Makan makanan tak berhasiat kerana wang Pinjaman lambat masuk atau kerana perlu buat part-time untuk menampung pengajian..dan Kalau berDemo..AUKU digunakan untuk menutup mulut-mulut Mahasiswa..
Dan sebagai Pengguna, Mahasiswa sepatutnya Berhak untuk mempertikaikan apajua tindakan Universiti jika bersabit dengan kepentingan Mahasiswa..akan tetapi hak ini dinafikan oleh AUKU walaupun Mahasiswa itu adalah pengguna dan Universiti adalah pemberi perhidmatan..Itulah AUKU..ha ha ha ha ha..Undang-undang Rimba tingalan Tun Dr. Ismail @ UMNO..ha ha ha ha ha
ahmad syukri kamarudin..
my senior kt sekolah..
huhu
Catat Ulasan