Rabu, 6 Januari 2016

SEMUA BERSEDIA KE JALAN RAYA








BAHASA JIWA


BANGSA


HILANG BAHASA


HILANG BANGSA





Demonstrasi bantah DLP 26 Mac


Ia diadakan ekoran rasa terkilan dan dukacita apabila isu berkenaan tidak mendapat sebarang respon daripada pihak berkenaan.


KUALA LUMPUR: Program Dwibahasa bercadang mahu mengadakan demonstrasi bagi membantah pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

Difahamkan, demonstrasi bantahan berkenaan akan diadakan pada 26 Mac akan datang.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Profesor Emeritus Dr Shahrir Mohamad Zain berkata, demonstrasi itu dilakukan bagi menzahirkan kekecewaan setelah pihak-pihak yang berkaitan langsung tidak memberikan sebarang respon terhadap isu DLP.

“Kami terkilan dan dukacita apabila pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pemuda, Puteri UMNO dan Presiden UMNO sendiri tidak memberikan sebarang respon terhadap isu DLP,” Katanya dalam sidang media di pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pusat pada Selasa.

Dr Shahrir berkata, rundingan-rundingan dengan pihak berkaitan akan terus dilakukan selain memberikan penjelasan mengenai diskriminasi DLP terhadap Sekolah Kebangsaan (SK).

“DLP ini dilaksanakan hanya di SK rendah dan menengah. Ia tidak dilakukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Manakala, bagi Pengerusi Majlis Bertindak Isu-Isu Pendidikan Kebangsaan,  Zainal Abidin Borhan pihaknya kini dalam usaha untuk perhalusi memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

“Kami sedang proses dan perhalusi memorandum untuk diserahkan kepada Agong. Selain akan mengirimkan warkah kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddin Shah,” ujarnya.

Kata Dr Shahrir lagi, demonstrasi bagi membantah DLP akan diadakan serentak di seluruh negara dan pihakny turut akan memohon permit kepada pihak polis bagi tujuan berkenaan.

“Kita harap, kehadiran dan sambutan akan sama seperti demonstrasi bagi membantah PPSMI iaitu kira-kira 100 ribu peserta,” katanya lagi.


ANAK MUDA

BERSEDIA  TURUN

KE JALAN RAYA


-----------------

5 ulasan:

Nazrio berkata...

Dewan bahasa Dan putaka
Lupa keLuar patwa Dan peti
Patuh syariaH...
Sebenarnya...
Bahasa kita juga
Bahasa nabi muhammad
Semua bahasa yg ada hari ini
AdaLah bahasa nabi muhammad
KaLau taK...
buat apa sibuk kita kata
Dia nabi kita, dia pun cLaim
Kita semua ummat dia
Ada gazet daLam kitab2
BodoH memang miLik jmnQ

mola berkata...

Sila lawati blog saya berkaitan kesalahan bahasa

Tanpa Nama berkata...

Dlm masalah nie hampir sama dgn kes 2.6 billion. Org yg melapor rasuah kena tangkap tapi perasuah bebas.... Bahasa English yg lemah tapi matematik & sains jadi mangsa. Sepatutnya kukuhkan lagi mata pelajaran bhs English dan bukannya mengEnglishkan sains & matematik. Mggu lepas, masa aku daftarkan anak disebuah sekolah yg dipilih utk DLP... Guru sekolah tersebut blm bersedia malah x bersetuju dgn program tersebut. Tapi nak buat ape, menteri janis penjilat no satu. Dasar atau program dibuat tanpa kajian, bertukar menteri maka bertukar lah dasar... Guru dan murid jadi tikus makmal

Tanpa Nama berkata...

asyik tukar program baru ada masyuk..projek baru duit baru..atas angin dapat projek... munke mana kisah..munke mahu masyhuk saja.. apa risau pasal rakyat...tabur.derma selepas meniaga sebagai.munke masih sokong kah kah mah....mah mah mah...sapa jilat hisap pemimpin dapat jawatan....pangkat...pingat...anugerah...kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Gwa gelenti ini kali tunjuk pelasaan melayu saja mali .. cina sama keling takde mali .. kita tak de kena itu luwee bahasa oooo. Lulu kita cina join kilana itu PPSMI kita kena jugak .. kahkahkah .. padan muka melayu .. kita cina tak tau cakap melayu pun bule kaya .. tengok miacam Jhlow, Vincent Tan, Laja Gula, Sami Vellu .. kahkahkah .. lu pegi sendili la tunjuk pelasaan .. kilana lu punya bahasa tak boleh pi mana pun .. bukan gwa cakap aaa, umno sendili cakap.