Rabu, 6 Januari 2016

BUKAN KERANA SIREH BANGLA





MERAH BUKAN 

KERANA AIR 

SIREH BANGLA


KEADILAN Mengecam Kenyataan Kuantan Port Consortium, Dakwaan Pencemaran Di Pelabuhan Kuantan Adalah Benar

Biro Alam Sekitar KEADILAN merasa kecewa dengan dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi Kuantan Port Consortium (KPC) Datuk Khasbullah A Kadir yang dilihat sebagai cubaan untuk mengelakkan diri daripada tanggungjawab syarikat tersebut dalam isu pencemaran laut dan sungai di sekitar Pelabuhan Kuantan akibat daripada aktiviti perlombongan bauksit.
 
KPC dalam kenyataannya cuba untuk melepaskan tanggungjawab dengan membuat dakwaan bahawa sungai yang mengalir ke laut di kawasan Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam tidak bersambung dengan Sungai Pengorak. Namun, ini tidak bermaksud pencemaran tidak berlaku di kawasan Pelabuhan Kuantan, malahan di Sungai Pengorak.

Maka, saya melampirkan bersama gambar yang diambil di Pelabuhan Kuantan dan mencabar pihak KPC memberi penjelasan tentang keadaan yang berlaku di dalam gambar ini. Adakah pihak KPC berpendapat bahawa keadaan pelabuhan yang digambarkan di bawah ini tidak mencemarkan air laut di sekitar Pelabuhan Kuantan?


Saya turut ingin mengingatkan pihak KPC bahawa pendedahan telah dibuat pada bulan Oktober dimana air cucian sekitar Pelabuhan Kuantan yang mengandungi bauksit dibiarkan mengalir ke dalam laut dengan begitu sahaja. Bukan kali pertamanya pencemaran berlaku di pelabuhan dan adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak KPC membuat rumusan bahawa pencemaran di Pantai Balok bukannya berpunca daripada pencemaran di sekitar pelabuhan.


Saya juga ingin menuntut penjelasan KPC tentang laporan kandungan merkuri setinggi 0.0224 di Sungai Pengorak yang dilaporkan sebelum ini. Seandainya perlombongan bauksit bukan puncanya pencemaran logam berat di sungai ini, apakah punca sebenar yang mengeluarkan sisa toksik ke dalam Sungai Pengorak?

Adakah ini bermaksud terdapat industri lain atau aktiviti lain yang sedang mencemarkan laut dan sungai di sekitar Kuantan tanpa disedari kita? KPC wajib menjawab kemusykilan ini dengan segera.

KEADILAN menegaskan bahawa semua segala aktiviti perlombongan perlu dihentikan dengan kadar segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Kami juga mendesak Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob yang kelihatan membisu dalam isu bauksit supaya menyelesaikan isu ini dengan segera. Rakyat Pahang malahan seluruh Malaysia masih menanti-nantikan jawapan daripada MB Pahang yang masih membisu sehingga sekarang ini.

Lee Chean Chung
Ketua Biro Alam Sekitar KEADILAN
Ketua Penerangan AMK Pusat
ADUN Semambu



----------------

4 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Tu lah, ini LC Chung, cina dari Keadilan, tonton lagi lah tv cina, baca akhbar cina .. entot amoi cina .. makan lagi tonyok (babi).

Hei apek .. Lu kasi bukak tivitigo la .. semalam lagi, itu tv ada ciakap .. itu sungai lekat Balok dan Kuantan manyak ikan sulah kiok .. wakil lakyat itu alea ciakap, ikan kiok sebab pencemalan air lalam sungai, tapi bukan boxsit pun .. pecemalan latang dali kilang di ulu sungai .. mungkin lia cakap.

Lagi pun pasukan siasatan belum ditubuh lagi, ketua siasatan belum dilantik, bajet untuk siasatan kena cali oooo .. lu mau kasi luwee ka .. lanchow la lu .. apa melayu bikin semua mau bising .. soltan sama embie pun tak le ciakap apa pun .. meleka hepi je.

Tanpa Nama berkata...

Sultan Pahang dan MB tahu yg rakyat amat suka menikmati hidangan bauksit. Sbb depa pun suka bauksit. Jadi apa salahnya rakyat Pahang sama2 menikmati hidangan istimewa dari syurga ini..

Nazrio Dond DoLLa berkata...

ini boksix kiLang patuH syariaH
jangan kompLeng~kompLeng
buat dosa dan abiH dakwat jer....
buat laaa pahaLa puLak
tal nak masuK syurga samaaa ker

Tanpa Nama berkata...

ingat rakyat malaysia bengap mcm kerajaan kah? bagi alasan tak masuk akal mcm ni. sebagai consultant alam sekitar perkara ni telah sy teliti sy sendiri turun ke sana melihat bagaimana sungai balok n pengkorak dicemari bauksit ni. mereka mungkin memberi alasan yang pencemaran sungai ini tidak melalui kwsan perindustrian tersebut akan tetapi laluan lori2 pembawa bauksit ni melalui kawasn sungai tersebut ..perkara ini sangatlah possible sbb surface runoff akibat hujan yang membawanya! bertambah sakit hati lagi apabila lori2 ini tidak memutup muatan tersebut. so pengarah2 negeri sekalian apa bengap sgt nk paham...salahkan bangla plak. bongok btol....camne bole dpt jawtan pengarah tu? konpius betul