Isnin, 5 September 2016

INI TANDA LEDAKAN





INI TANDA

LEDAKAN

SELAGI NAJIB

BERKUASA

EKONOMI TERUS 

MEROSOT


Ringgit dijangka terus jatuh berbanding dolar minggu depan

Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan dipengaruhi faktor seperti kelemahan sentimen pengguna, penyusutan harga minyak mentah serta unjuran kemungkinan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedahnya.
Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Nazri Khan Adam Khan, berkata kalangan peniaga terus bersikap berhati-hati mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah itu pada tahun ini jika pertumbuhan gaji bukan sektor perladangan adalah di bawah jangkaan pasaran.
“Unjuran pihak Fed akan menaikkan kadar faedah itu mencetuskan sentimen global serta kebimbangan berterusan mengenai ketidaktentuan ekonomi global,” katanya dipetik BERNAMA.

Sementara itu, Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga, berkata harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mencecah paras terendah dalam masa tiga minggu pada AS$44.60.

Ia berikutan kebimbangan berterusan mengenai lambakan bekalan minyak di pasaran global yang terus melenyapkan minat pelabur terhadap komoditi berkenaan.
“Jelas sekali para pelabur sudah maklum dengan realiti lambakan minyak serta tidak lagi optimis dengan keputusan mesyuarat tidak rasmi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) pada September untuk membekukan pengeluaran,” katanya.
Bagi asas perbandingan Jumaat ke Jumaat, unit tempatan itu susut berbanding dolar US kepada 4.0830/0900 daripada 4.0130/0200. Malah, berbanding mata wang lain, ringgit ditutup rendah kecuali yen.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0018/0080 daripada 2.9669/9729 pada Jumaat lepas namun meningkat berbanding yen kepada 3.9411/9498 daripada 3.9942/1024 dan turun berbanding euro kepada 4.5640/5734 daripada 4.5299/5414, sebelum ini.
Ia lemah berbanding pound Britain kepada 5.4161/3262 daripada 5.2956/3056 pada Jumaat lepas.

BILA NAJIB

UNDUR BARU

EKONOMI

DAPAT PULIH




-----------------------

2 ulasan:

Usop ali berkata...

itu pun 48% bukan faham....dulu haprak sekarang nie....bangang bangsat haramjadah...maseh kah kau ingat....malangnya melayu mudah lupa seperti kata tuan presiden dulu dulu sebelum ..najis.....layu ooo me layuuu...

Tanpa Nama berkata...

kih kih kih...

dulu kemain lagi sekalian balachi, baruah dan penchachai pak tt teghoyak "Mahafiraun"
"Mahazalim" segala bagai baq hang...

sekarang "namoon lowbhang heydhong moo thathap manjadey phoojaann hatey koo"...

kih kih kih...