.

Isnin, 5 September 2016

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB







KOMPLOT 

BERMULA

GERAKAN

TENDANG NAJIB

KOMENTAR
analisa pandangan mahfuz masuk akal
kenapa tetiba rahman dahlan
mengaku najib ialah MO1
dulu mati matian menafikan

semua menafikan
kini semua senyap

bila ditanya ismail sabri tak tahu siapa
presiden mca tak tahu siapa
hanya rahman dahlan yang tahu
kj tak ada komen
azalina  tak bercakap
semua senyap

mengapa?

bulan ini kes dibuka di los angles
bukan november kes di buka di singapura
peguam negara swiss sedang bergerak
fbi terus mencari

wall street journal terus korek
sarawak report terus bocor
kita linat dan tunggu

BEKAS PRESIDEN PANAMA
DI TANGKAP FBI DI BAWA
KE AMERIKA - KES DOBI DUIT


Adakah Rahman Dahlan berkomplot turunkan Najib, soal MP Pokok Sena

Ahli Parlimen Pokok Sena,  Mahfuz Omar mempersoalkan adakah wujud kopmlot tertentu dalam Umno yang sudah merasakan Najib sebagai bebanan politik Umno apabila polis merasakan kenyataan Rahman Dahlan satu kenyataan poltik.
"Sesuatu yang sangat menghairankan 1Malaysia bila Ketua Polis Negara (KPN) Tuan Haji Khalid Abu Bakar menyatakan polis tidak mahu campurtangan berhubung dengan dakwaan  Rahman Dahlan Menteri di JPM yang PM Najib adalah MO1 dalam saman civil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.
"Lebih pelik apabila KPN Tuan Haji  Khalid menganggap dakwaan Menteri JPM Rahman Dahlan tersebut sebagai kenyataan politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Persoalannya kata beliau, kenapa Ketua Polis Negara menganggap kenyataan Rahman sebagai kenyataan politik.
"Apa yang politiknya kenyataan Rahman yang juga merupakan ahli MT Umno dan Pengarah Komunikasi dan Strategi BN.
"Apakah menamakan PM Najib sebagai MO1 dianggap politik.
"Dimana politiknya saman civil tersebut yang menyebut wang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion berakhir dalam poket (akaun) peribadi MO1," soalnya.
Ini katanya, membawa kepada usaha untuk Najib berundur sedang digerakan oleh kumpulan tertentu dalam Umno.
"Adakah Rahman Dahlan sebagai penggeraknya bagi pihak tok dalang di belakang pentas," katanya.
Beliau bersetuju yang Polis tak perlu campurtangan dalam usaha pihak tertentu dalam Umno mahu menurunkan Najib dari PM untuk digantikan dengan orang lain.
"Saya bersetuju soal politik parti Umno serahkan pada orang politik.
"Tetapi Polis perlu menyiasat tentang wang yang berjumlah AS681 juta (RM2.6) bilion yang berakhir kedalam akaun peribadi Najib yang merupakan MO1 adalah daripada 1MDB dan bukannya derma dari Tok Arab.
"MO1 adalah PM Najib telah disahkan oleh Rahman Dahlan seperti yang terkandung dalam saman sivil DOJ Amerka Syarikat.
"Ini adalah kes Jenayah perdagangan* bukannya isu politik. *Saya nak tanya KPN setuju tidak dengan kenyataan Rahman Dahlan MO1 adalah PM Najib," katanya




--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tanya 'Mahfuz'...Hang lani masih dalam PAS atau Amanah? Kalau hang masih dalam PAS, hang tak payah la sibuk2 pasal MO1. Bukankah PAS lani sahabat PELAQ kepada UMNO?

usop ali berkata...

jawapan bangang seorang penguasa....

Tanpa Nama berkata...

kih kih kih...

dulu kemain lagi sekalian balachi, baruah dan penchachai pak tt teghoyak "Mahafiraun"
"Mahazalim" segala bagai baq hang...

sekarang "namoon lowbhang heydhong moo thathap manjadey phoojaann hatey koo"...

kih kih kih...