Jumaat, 22 Mei 2020

ANAWAR AKAN SABOTAJ






ANWAR AKAN

SABOTAJ

UNDI TAK

PERCAYA PADA

MUHYIDDIN 

Pembangkang akan uji majoriti tipis Muhyiddin di Parlimen, ikrar Dr Mahathir

PEMBANGKANG akan menguji majoriti tipis pentadbiran Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat dengan mencabar apa saja tindakan kerajaan di Parlimen, kata Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan yang diketuai Muhyiddin kini dipercayai mempunyai 113 kerusi, lebih hanya dua kerusi daripada majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Dalam satu wawancara dengan agensi berita Reuters, bekas perdana menteri berkata beliau akan bekerjasama dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk mengembalikan mandat rakyat yang memilih Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Ini majoriti paling kecil pernah dimiliki oleh kerajaan di Malaysia.

“(Muhyiddin) akan berdepan dengan masalah besar. Sebabnya, apa saja peluang yang kita ada untuk membuktikan bahawa beliau tiada legitimasi untuk jadi perdana menteri, kita akan buat,” katanya dalam wawancara yang disiarkan hari ini.

Agensi berita itu memetik Dr Mahathir berkata pembangkang akan menolak apa saja rang undang-undang yang dibawa oleh pentadbiran Muhyiddin ke Parlimen, sekiranya usul undi tidak percaya disekat daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Kalau semua yang dia bawa ke Parlimen ditolak, macam mana dia hendak kekal?” katanya.

Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan pada 24 Februari lepas, sementara kumpulan Ahli Parlimen PKR yang menyokong Mohamed Azmin Ali juga keluar parti pada hari sama, menyebabkan kerajaan gabungan yang menang pilihan raya pada Mei 2018 runtuh.

Muhyiddin kemudian membentuk kerjasama politik dengan Umno, parti asal beliau yang dilawannya atas isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kerjasama dalam gabungan baru atas nama Perikatan Nasional (PN) mendapat dukungan komponen Barisan Nasional (BN), PAS dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Selepas disingkirkan dari Umno pada Julai 2016, Muhyiddin bersama Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain mengasaskan Bersatu dengan matlamat jadi sebuah parti Melayu dan Bumiputera yang akan menggantikan Umno.

Dr Mahathir membantah tindakan Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari PH dan bekerjasama dengan Umno, yang didakwanya tidak mendapat mandat parti serta tidak menghormati mandat pengundi.

“Tidak betul buat percaturan pintu belakang seperti ini. Kami mahu memulangkan kepada rakyat kerajaan sebenar yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” kata Dr Mahathir seperti dipetik oleh Reuters.

Speaker Dewan Rakyat Mohamed Ariff Md Yusof pada 8 Mei lalu mengumumkan menerima usul undi tidak percaya yang difailkan oleh Dr Mahathir selaku Ahli Parlimen Langkawi untuk dibawa ke dalam mesyuarat Dewan Rakyat.

Parlimen yang bersidang pada Isnin lalu bagaimanapun ditetapkan oleh kerajaan hanya untuk mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong membuka mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14.

Sidang tidak sampai sejam itu ditangguhkan selepas titah diraja dan Dewan Rakyat dijadual bersidang semula pada 13 Julai ini. – 20 Mei, 2020.


ANWAR SEDANG

RUNDING 

UNTUK SOKONG

MUHYIDDIN

DAN GAGALKAN

PROJEK MADEY

TAK CAYA 

TUNGGU LIHAT

KHALAS

3 ulasan:

Awanama berkata...

ha ha ha. Madey pun boleh letak jawatan tanpa rujuk PH. Tak kan org lain tak boleh buat.

Awanama berkata...

Kahkahkah ini andaian dari sakai yg kecewa sebab langkah sheraton dah tempang. Abam tu bodo, tapi sakai lagi bodo kalau anggap abam nak sekongkol dgn mat sembab dan jemin. Itu menempah ajal namanya. Kalau kau benci sangat dgn abam pun jgn la tunjuk bodo kau tu sangat, sakai oii kahkahkah ramalan kau mcm dah kelaut la sakai.

azam berkata...

Itu tandanya DSAI dah bijak.
DSAI boleh sokong rancangan atok jika DSAI jadi calon PM.